Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

“Jangan Main-Main Dengan Serangan Jantung”- Dr Say Shazril

Dr Say turut menitipkan harapan agar kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua pihak

by Naddy Joe
January 6, 2022
Share on Facebook

Personaliti TV, Dr Say Shazril tampil meluahkan rasa kecewa terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap pemandu treler meninggal dunia baru-baru ini, selepas didakwa berada dalam keadaan mabuk sebelum diketahui Allahyarham sedang menahan sakit akibat serangan jantung.

Dr Say Kongsi Pendapat 

Menerusi posting di instagram, Dr Say berpendapat sekiranya diamati video yang tular itu, kelihatan pemandu tersebut sedang menahan kesakitan dan ‘orang biasa’  tidak dapat memahami keadaan sebenar yang dialaminya.

“Video pemandu lori yang dituduh mabuk oleh wanita yang merakam ini cukup mengecewakan saya. Tanpa asal usul beliau dituduh mabuk & tiada sebarang pertolongan diberikan kepada beliau.

Kalau korang amati video ni elok-elok nampak betapa dalam kesakitan pemandu tu sambil dia ber-grunting dalam kesakitan & sambil  memegang tangan kirinya memegang dada kirinya.

Saya faham orang biasa mungkin tak tangkap apa yang dialami pemandu itu akan tetapi perlukah menghukum beliau sebegitu?.”- kongsi Dr Say

Mungkin Boleh Diselamatkan Jika Pemandu Lori Dibantu

Tambahnya lagi, dia turut berpendapat pemandu tersebut mungkin boleh diselamatkan sekiranya wanita yang merakam video itu bertanyakan keadaannya berbanding membuat tuduhan secara melulu.

“Kalaulah wanita tersebut bertanya ‘pakcik ok ke? Nak saya panggil ambulans?’ instead of menuduh pakcik tu, mungkin beliau boleh diselamatkan sebab when it comes to sakit jantung atau angin ahmar, masa itu berharga.”- katanya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)

Di akhir hantarannya, Dr Say turut menitipkan harapan agar kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk mengambil tahu dengan lebih lanjut mengenai penyakit serangan jantung.

Dr Say Kongsi Nasihat Berharga Ibu Mentua- "Jangan Cerita Masalah Rumah Tangga Kat..."
Dr Say Shazril
https://lomp.at/txert
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Benarkah Berbuka Puasa di Park Hyatt KL Hotel Di Merdeka 118 Kena Lewat 3 Minit?

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  4. 4

    Makan Di Food Court Cecah RM42, Netizen Luah Rasa Tak Berbaloi

  5. 5

    7 Jenis Kurma Pilihan MURAI, Lebih Berkhasiat & Badan Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore