Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dikatakan Sama ‘Level’ Dengan Michael Ang? Kelly Azman Tampil Beri Penjelasan!

Dia juga tidak menghalang netizen daripada menyamakan dirinya dengan pengarah terkenal itu.

by Naddy Joe
January 10, 2022
Share on Facebook

Penghibur dan wartawan sensasi, Kelly Azman tampil memberikan penjelasan selepas dikatakan setaraf atau  sama “level” dengan pengarah terkenal, Michael Ang yang kini telah rilis single terbaharunya, Cinta Atau Propa pada 5 Januari lalu.

Tidak Halang Netizen Samakan Dirinya Dengan Michael Ang

Menurut Kelly ketika ditemubual Murai My, dia berpendapat Michael Ang dan dirinya mempunyai cara dan genre yang berbeza. Dia juga tidak menghalang netizen daripada menyamakan dirinya dengan pengarah terkenal itu.

“Mungkin itu tanggapan netizen. Bagi saya, Michael Ang ada cara dia, kita ada cara kita. Macam Michael Ang, kita tahu dia seorang pengarah, dia boleh berlakon. Ini genre baru untuk dia cuba sebagai penyanyi.

Bagi saya persamaan itu, sangat berbeza kerana genre saya lain dan genre Michael Ang lain. Walaupun dia menyanyi, saya pun menyanyi. Tetapi, saya penghibur dan dia penyanyi.

Tetapi kalau netizen samakan saya dengan dia, itu hak netizen. Netizen kat Malaysia mana boleh kita nak halang diorang nak cakap apa kan. So diorang nak mengata ke sama ke itu pandangan diorang”-Kelly Azman

Tak Henti Dikecam Netizen

Foto: Asrul Rafie

Ketika ditanya mengenai soal kecaman netizen yang tidak henti mengecamnya, Pelantun No No No berkata sudah menjadi kebiasaan apabila seseorang itu menjadi popular, sudah tentu menjadi bualan netizen untuk berkata-kata mengenai dirinya.

“Sebab kita popular. Bila orang popular, semua orang nak tahu hal dalaman kita, nak tahu apa kita buat. Segala-galanya semua diorang nak tahu.

Kadangkala kita muatnaik posting di IG Story pun menjadi bahan netizen untuk berkata-kata di TikTok. Diorang tak berani nak nk komen kat kita direct. Tapi diorang komen di TikTok.”-Kelly Azman

Terdahulu, nama penghibur dan wartawan sensasi, Kelly Azman pernah menjadi kecaman netizen di dalam program realiti All Together Now Malaysia (ATNYMY) yang ditayangkan pada tahun 2021. Kelly dikatakan menjadi pertikaian netizen berikutan ‘tidak bangun’ ketika Santesh membuat persembahan sekaligus membuatkan penyanyi itu tidak mendapat markah penuh.

View this post on Instagram

A post shared by K E L L Y A Z M A N (@kellyazman)

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kelly Azmanmichael ang
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara