Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Trend ‘Unboxing Pengantin’, PU Syed Tampil Beri Teguran!

Syed menjelaskan bahawa trend seperti itu adalah haram

by Naddy Joe
January 11, 2022
Share on Facebook

Trend Unboxing pengantin atau unboxing by husband yang menjadi ikutan pasangan pengantin baru terutamanya dalam kalangan wanita bertudung baru-baru ini mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pendakwah bebas, PU Syed yang tampil memberikan teguran pada pasangan yang melakukan trend yang semakin digilai ramai itu.

Haram Dedahkan Aurat Isteri

Menerusi posting di Instagram, PU Syed menjelaskan bahawa trend seperti itu adalah haram kerana mendedahkan aurat terutama mendedahkan sendiri aurat isteri mereka.

“Unboxing wife, atau unboxing by husband satu lagi perkara bidaah dholalah yang sedang viral dan telah ramai dilakukan oleh pasangan pengantin muda di media sosial!

Dedah aurat  adalah HARAM, apatah lagi dedah aurat isteri kalian!”-tegas PU Syed

Tambahnya lagi, dia turut memberi teguran pada pasangan yang berasa bangga melakukan kandungan seumpama itu bagi tujuan tontonan ramai.

“Kalian boleh berbangga dan suka content-content HARAM sebegitu semata-mata untuk peroleh tontonan ramai!”- tegurnya lagi

Dipersetujui Ramai

Tinjauan Murai MY di ruangan komen mendapati rata-rata warganet bersetuju dengan teguran yang diberikan oleh pendakwah bebas itu malah ada yang berpendapat trend tersebut sangat memalukan terutama melibatkan maruah keluarga pasangan pengantin tersebut .

“Memalukan..Tak tertanggung malu keluarga..Allahuakbar.”

“Dah makin ramai menormalisasi dosa.”

“Sedih bila benda macam ni pun dibuat content.”

“Murahnya harga diri anak-anak muda sekarang. Kesian mak bapak, nak tegur takut kena marah.” komen mereka

View this post on Instagram

A post shared by SYED MOHD BAKRI SYED ISHAK BENYAHYA (@pusyed_official)

PU Syed Bersuara Isu Sharifah Aleya Tindik Hidung-"Berhati-Hatilah Tentang Hukum Agama..."
PU Syedtrend unboxing by husbandtrend unboxing pengantin
https://lomp.at/7k9x8
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara