Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Tok Ram Sebak? Aliff Aziz Terharu Persembahan Dipuji Ramai

Hetty Koes Endang turut bangun memberikan tepukan gemuruh kepadanya.

by Khai Azfar
January 12, 2022
Share on Facebook

Biarpun tidak menduduki tangga teratas dalam konsert suku akhir Gegar Vaganza 8 (GV8), namun persembahan penyanyi Aliff Aziz mendendangkan lagu asal Nastia berjudul Rapuh mendapat pujian ramai

Tok Ram Sebak?

Bertemakan runut bunyi drama, filem atau loghat negeri, persembahan Aliff yang mendapat markah 76.80% di belakang Suki Low berjaya membuatkan Hetty Koes Endang yang juga salah seorang juri tetap program realiti itu bangun memberikan tepukan gemuruh kepadanya.

Malah, lensa kamera juga berjaya merakamkan wajah seorang lagi juri, Datuk Ramli MS seolah-olah kelihatan sebak dan menghayati nyanyian tersebut sekaligus mencuri perhatian warganet.

Aliff Terharu

Menurut Aliff, dia terharu dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya selama ini. Kongsinya lagi, lagu tersebut disifatkan sebagai begitu bermakna terutama menceritakan perjalanan seninya selama ini.

“Sebagai seorang penyanyi yang selalu kena cari apa yang perlu diperbaki, saya akan tetap analisa kembali persembahan-persembahan sebelum ini. Lagu ini penuh dengan emosi, bila saya baca liriknya ia begitu bermakna kepada tunjang belakang saya, iaitu isteri, anak-anak, ibu, ayah dan keluarga yang ada dengan saya sewaktu awal hingga sekarang.

“Jadi masa persembahan, saya berikan segala emosi dan saya berharap semua orang akan turut merasainya dan terhibur” katanya kepada Murai.my

Dalam pada itu, Aliff turut memohon maaf sekiranya persembahannya itu telah membuatkan segelintir peminat berasa emosi. Dedahnya lagi, sebelum memulakan persembahan dia telah berdoa agar persembahannya dipermudahkan sebaik-baiknya.

“Saya minta maaf dan hilang kata-kata sekiranya persembahan itu telah membuatkan anda sedih. Sebelum menaiki pentas, saya berdoa ‘ Ya Allah, tidak ada daya upaya melainkan dengan izin Kau, maka izinkanlah aku buat yang terbaik’ . Kalau betul Tok Ram ada berasa begitu(sebak), Alhamdulillah saya sangat bersyukur dan menghargainya” kata Aliff lagi

Aliff ditemui di konsert suku akhir GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada malam Ahad. Dalam konsert itu, duo Sa.Ya yang dianggotai Saiful Apek dan Yasin diumumkan sebagai peserta yang tersingkir dengan perolehan markah sebanyak 58.20%

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aliff azizGegar Vaganza 2021Ramli MS
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara