Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Musik

The Masked Singer Malaysia Musim Kedua Tampilkan 14 Selebriti Berkostum Dengan Lebih Gah!

The Masked Singer musim kedua akan mula bersiaran mulai 28 Januari 2022

by Khai Azfar
January 13, 2022
398
KONGSIAN
Share on Facebook

Program realiti yang telah berjaya mencetuskan fenomena di musim pertamanya pada 2020,”The Masked Singer Malaysia” kini kembali untuk musim yang kedua.

14 Selebriti Bersaing Bersama Identiti Misteri 

Musim pertama sebelum ini telah menyaksikan penyanyi dan komposer popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara yang ‘bersembunyi’ di dalam kostum Bunga Raya. Kini, “The Masked Singer Malaysia” musim kedua bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 14 orang barisan selebriti terkemuka negara, terdiri dari pelbagai nama hebat dari pelbagai latar belakangan seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.

Terdapat 14 kostum menarik dan unik yang akan dipakai oleh barisan peserta terdiri daripada Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak ,Burung Hantu dan Pepatung.

foto via Astro/Azrul Rafie
foto via Astro/Azrul Rafie
foto via Astro/Azrul Rafie

Amy Mastura Ganti Nabila Huda Sebagai Juri Tetap

Sama seperti konsep sebelum ini, mereka akan mempersembahkan kehebatan bakat nyanyian masing-masing dengan memakai kostum penuh dan diadili oleh sembilan orang figura sebagai Juri Tetap. Mereka adalah Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Amy Mastura, Ramona Zam Zam, dan Angah Raja Lawak. Manakala, menggalas tugas Hos pula adalah pengacara versatil, Datuk AC Mizal.

foto via Astro/Azrul Rafie

Kesemua kostum telah direka khas oleh Akma Suriati Awang, individu yang bertanggungjawab membawakan kostum-kostum pada musim pertama. Manakala, edisi tahun ini menyaksikan pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat turut menyerikan kostum dengan sentuhan beliau dalam pelbagaikan gaya kostum ketika persembahan.

foto via Astro/Azrul Rafie

Untuk info, “The Masked Singer Malaysia” menggunakan format asal program realiti popular dari Korea Selatan, “The King of Mask Singer” yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand,China dan Amerika Syarikat.

Bermula 28 Januari 2022

Terdahulu, program “The Masked Singer Malaysia” musim pertama telah mencatat sejarahnya tersendiri apabila diumumkan sebagai pemenang kategori ‘Best TV Format Adaptation (non-scripted)’ di anugerah Content Asia Awards 2021, Ogos lalu.

Untuk musim ini akan bersiaran dalam durasi dua jam dan dua setengah jam bagi setiap episod yang berlangsung selama 10 minggu. Program juga dilakukan secara sesi rakaman yang dibuat di Putrajaya International Convention Centre (PICC).

The Masked Singer musim kedua akan mula bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 28 Januari 2022, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna HD (107).

The Masked Singer MalaysiaThe Masked Singer Malaysia 2
https://lomp.at/4byl8
Share159Tweet100SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem