Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Gaya Seringkali Tular Di Media Sosial, Hetty Koes Endang Akhirnya Diberi Segmen Khas!

'Trademark' seperti "gebrek", "tembakannya tepat" merupakan antara aksi Hetty yang sering kali tular

by Khai Azfar
January 14, 2022
Share on Facebook

Setiap kali muncul di dalam pentas Gegar Vaganza (GV) untuk beberapa musim termasuk musim kali ini, rata-rata peminat dan penonton ternanti-nantikan komen yang diberikan oleh penyanyi lagenda Indonesia, Hetty Koes Endang.

Ramai Terhibur Dengan Hetty 

Manakan tidak, dengan pengalaman yang dimiliki Hetty telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Lagak gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati mereka yang menyaksikannya.

foto via Astro/Azrul Rafie

‘Trademark’ seperti “gebrek”, “tembakannya tepat” merupakan antara aksi Hetty yang sering kali tular di media sosial. Justeru itu, berbaki lagi dua minggu sebelum GV8 berada di kemuncaknya, pihak Astro telah berbesar hati untuk menyiarkan segmen khas “Gegar Vaganza – Bunda Petik”.

Segmen Khas Hetty 

Rancangan selama sejam itu akan melibatkan Hetty bersama tetamu selebriti dan mereka perlu menyanyikan lagu secara spontan. Malah, Hetty juga akan melontarkan cabaran kepada mereka untuk menyanyikan beberapa buah lagu bersamanya.Bakal menemui penonton pada 15 dan 22 Januari (Sabtu) ini, bermula pukul 10 malam, rancangan tersebut akan dihoskan oleh selebriti terkenal iaitu Elly Mazlein (episod 1) dan Sherry Al Hadad (episod 2).

Antara penyanyi yang bakal tampil dalam rancangan tersebut ialah Azharina, Lan Solo, dan Naqiu.Sekadar info, selain Hetty, GV8 juga diadili oleh dua lagi juri tetap yang akan menilai persembahan peserta adalah maestro muzik terkenal, Datuk Ramli MS dan guru vokal berpengalaman, Datuk Syafinaz Selamat.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Hetty Koes Endang
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KLIMS 2026
Musik

Minggu Akhir KLIMS 2026 Bakal Dimeriahkan Dengan Ella, Lah Ahmad & Anuar Zain!

by Nurul A.
June 16, 2026

Memasuki minggu terakhir, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 akan dipenuhi dengan persembahan muzik secara langsung hingga komuniti kreatif...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Cipta Sejarah Di Moto3, Hakim Danish Terima Lamaran Genting SkyWorlds

  2. 2

    ‘Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba Infinity Castle’ Kini Tayang Di Netflix

  3. 3

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  4. 4

    Tak Perlu Lagi Keluarkan Kad! Merchantrade Money Kini Boleh Tap Guna Telefon

  5. 5

    Skrin Gergasi Sampai 300 Inci, Hisense Tarik Perhatian Peminat Hiburan Rumah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara