Friday, May 20, 2022
  • HANGAT.COM
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

“Kalau Betul Dia Curi Sebab Nak Bantu Atuk Dia Sakit Macam Mana?”-Fizz Fairuz

Dia berpendapat isu tersebut seharusnya diperiksa terlebih dahulu akan kesahihan ceritanya

by Naddy Joe
January 14, 2022
“Kalau Betul Dia Curi Sebab Nak Bantu Atuk Dia Sakit Macam Mana?”-Fizz Fairuz
Share on Facebook

Kes seorang remaja yang tular di media sosial yang ditangkap berikutan mencuri wang dari tabung masjid mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pelakon, Dato Fizz Fairuz yang mempersoalkan tindakan pihak terlibat.

Periksa Kesahihan Sebelum Ambil Tindakan

Menurut Fizz , dia berpendapat isu tersebut seharusnya diperiksa terlebih dahulu akan kesahihan ceritanya sebelum mengambil tindakan susulan.  Dikhabarkan, remaja tersebut terpaksa mencuri kerana ingin membantu datuknya yang sakit.

“Kalau la betul dia mencuri sebab nak bantu atuk dia, apa la salahnya pergi check dulu kesahihan sebelum ambil tindakan. Kalau betul maafkanlah, bukan menghukum begitu.

Kalau dia salah memang betul patut dihukum dan dijadikan pengajaran..Baru ada akai. Kalau betul dia curi sebab nak bantu atuk dia sakit, macam mana? Fikirlah”- luah Fizz

Pelbagai Reaksi Netizen

via UTUSAN/AMIR KHALID

Tinjauan Murai.my di ruangan komen hantaran pelakon itu mendapati rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Fizz, malah ada yang mempersoalkan tindakan pihak masjid yang disifatkan tidak mencerminkan keperibadian orang Islam kerana menghukum remaja itu sedemikian.

IKLAN

“Betul..Yang orang atas mencuri lagi besar amount takde pulak nak ambil tindakan terus.”

“Allahuakbar sedihnya dia mencuri mesti ada sebab jangan la hukum dia sampai macam ni”

“Yang cubaan curi tabung masjid serta merta korang penjara. Yang songlap duit negara, sampai hari ni boleh duk selfie makan roti. Itu bezanya undang-undang di Malaysia. Sabarlah dik Daniel, Allah sedang melihat dan mengangkat kamu ke tempat yang lebih tinggi.”

“Allah, kesiannya kena kapur barus. Apakah begini orang Islam menghukum? Bukan dengan mendidik? Adakah siasatan telah dilakukan sepenuhnya dengan akal? Fikir-fikirkan. Bukan menggalak kecurian tabung masjid tapi tengok dari sudut lain cara menangani masalah seperti ini.” komen mereka

Terdahulu, tular video seorang remaja lelaki  dimandikan seperti ‘jenazah’ oleh pengurusan sebuah masjid kerana mencuri tabung masjid berkenaan. Susulan itu, dia dijatuhkan hukuman penjara selama 10 hari dan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret.  Sebelum hukuman dijatuhkan, mahkamah turut menegur perbuatannya dan menasihati remaja tersebut supaya insaf dan menjadikannya sebagai pengajaran.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: Fizz Fairuzremaja curi tabung masjid
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Jangan Buat Konten Murahan”-DSV Tegur ‘Drama’ Amuk Influencer Terhadap Pengasas Produk Beri Wang Palsu
Gossip

“Jangan Buat Konten Murahan”-DSV Tegur ‘Drama’ Amuk Influencer Terhadap Pengasas Produk Beri Wang Palsu

by Naddy Joe
May 19, 2022

Jutawan kosmetik , Dato Seri Vida meluahkan rasa berang terhadap seorang seorang pengasas produk dan seorang influencer yang dianggap telah...

Read more
“Malaysia Harus Mengambil Serius…”-Syed Saddiq Hadir Beri Sokongan Pada Yasin Sulaiman Di Mahkamah
Gossip

“Malaysia Harus Mengambil Serius…”-Syed Saddiq Hadir Beri Sokongan Pada Yasin Sulaiman Di Mahkamah

by Naddy Joe
May 19, 2022

Baru-baru ini ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hadir memberikan sokongan kepada penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman di...

Read more
Isu Pelajar Malaysia Kongsi Pandangan ‘Gadis Hijab Suka Menari’, Ustazah Asma Tampil Beri Teguran!
Gossip

Isu Pelajar Malaysia Kongsi Pandangan ‘Gadis Hijab Suka Menari’, Ustazah Asma Tampil Beri Teguran!

by Naddy Joe
May 19, 2022

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma Harun baru-baru ini tampil memberikan teguran terhadap seorang pelajar Malaysia yang pernah berkongsi pandangannya sebagai gadis...

Read more
“Itu Silap Abe”-Hafreez Adam Mohon Maaf Selepas Dedah Foto Netizen Di Media Sosial
Gossip

“Itu Silap Abe”-Hafreez Adam Mohon Maaf Selepas Dedah Foto Netizen Di Media Sosial

by Naddy Joe
May 18, 2022

Pelakon, Hafreez Adam tampil memohon maaf terhadap tindakannya yang tidak sengaja mendedahkan gambar profil seorang wanita di media sosial. "Abe...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    “Harap Kes Saman Saya 3 Juta Awak Tak Buat Pro Bono Jugak”-Awal Ashaari Sindir Peguam Siti Bainun?

  3. 3

    Muat Naik Video Di Lapangan Terbang, Netizen Persoalkan Sajat Balik Malaysia?

  4. 4

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  5. 5

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera