Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Yayasan Metamorphosis Bantu Ramai Selebriti Era 90an Terkesan Banjir

Presiden Yayasan Datuk Aliff Zain peruntukkan RM500,000 hingga RM1 juta bantu mangsa banjir

by Puteri Alia
January 14, 2022
Foto - Murai my

Foto - Murai my

26
KONGSIAN
Share on Facebook

Bencana banjir yang menimpa rakyat Malaysia sekitar Selangor dan negeri-negeri di Pantai Timur mengakibatkan banyak kerugian harta benda kepada mangsa. Namun dengan bantuan yang dihulurkan oleh badan bukan kerajaan (NGO), sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa.

Antara badan bukan kerajaan yang turut menghulurkan bantuan adalah Yayasan Metamorphosis, yayasan ini menjalankan Misi Jiwa Prihatin bagi memberi bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir.

Tak Kutip Sumbangan Tapi Guna Pendapatan Perniagaan

Aliff memaklumkan dirinya dan pasukan lewat menghantar bantuan kerena menjalani kuarantin berikutan menjadi kontak rapat pesakit Covid-19.

Presiden Yayasan Metamorphosis ini mengatakan yayasannya tidak mengutip wang sumbangan dari mana-mana pihak, sebaliknya usahawan dari Pulau Pinang ini menggunakan wang hasil perniagaannya yang disalurkan kepada Yayasan bagi memberi bantuan pada mangsa banjir.

“Habis sahaja tempoh kuarantin, saya terus mempersiapkan pasukan untuk turun padang bagi menghulur bantuan. Dari segi dana, Yayasan Metamorphosis tidak kutip mana-mana sumbangan, ini hasil pendapatan perniagaan yang disalurkan kepada yayasan ini.” Jelasnya

Bantu Ramai Selebriti Era 90an Dan Rakyat Biasa

Misi Jiwa Prihatin yang dijalankan Aliff secara tidak langsung membantu meringankan ramai mangsa terkesan banjir di sekitar Selangor termasuklah golongan selebriti seperti penyanyi Ezad Lazim, Yantzen, As Feminin dan suaminya bekas pemain bola sepak negara Azman Adnan dan ramai lagi.

Foto – Murai my (Datuk Aliff (baju biru gelap) menjengah ke rumah penyanyi Ezad Lazim (baju putih hitam) di Kota Warisan, Sepang)

“Kami melawat bekas pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin di Banting, Selangor. Kemudiannya ke rumah penyanyi Ezad Lazim di Kota Warisan, Sepang. Seterusnya kami menjengah bekas pemain bola sepak negara, Azman Adnan dan isterinya, As Feminin.

Penyanyi otai, Yantzen dan pemain bass kumpulan Damasutra, Amran di sekitar Hulu Langat. Sepatutnya, kami singgah ke rumah pelawak Ebby Yus di Hulu Langat, tetapi saya dimaklumkan beliau dimasukkan ke hospital.” Ujarnya

Foto – Murai my (Penyanyi otai Malaysia Yantzen menerima bantuan barang elektrik dan keperluan rumah dari Yayasan Metamorphosis)

Menurut Aliff misi bantuan yang dijalankan ini juga bukan saja membantu golongan selebriti, malah rakyat biasa yang juga terkesan dari bencana alam ini.

“Misi Jiwa Prihatin ini turut menghulur bantuan kepada individu lain yang menjadi mangsa banjir, bukan hanya golongan selebriti.” Katanya lagi

Untuk rekod, Presiden Yayasan yang juga usahawan ini memperuntukkan RM500,000 hingga RM1 juta bagi memberi bantuan.

Antara sumbangan yang diberikan kepada mangsa banjir adalah dalam bentuk wang ringgit, barangan elektrik seperti peti sejuk, mesin basuh, katil dan barang keperluan asas lain.

Datuk Aliff ZainEzad LazimYantzenYayasan Metamorphosis
https://lomp.at/5vukj
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim, Hanya Rakam Satu Video Tapi Tetap Dituduh Bercinta

by Puteri Alia
July 18, 2025

Sering menjadi tumpuan apabila digandingkan dengan pelakon wanita, Meerqeen sekali lagi terpalit dengan dakwaan cinta lokasi selepas membintangi drama terbaru...

Read more
Lokal

Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

“Abah tolong berhenti, abah ‘cut’ sikit sahaja.” Rayuan ringkas namun penuh rasa tertekan itu diluahkan oleh Ammar Ahyan, anak sulung...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Polis Akui Amy Search Mungkin Dipanggil Semula dalam Kes Serangan terhadap Shila Amzah

Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula penyanyi rock legenda, Amy Search bagi membantu siasatan kes yang dikaitkan dengan dakwaan...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Anita Sarawak Pilih Hilang Tanpa Jejak, Noor Kumalasari Dedah Anita Enggan Lagi Hidup Popular

Pernah tenggelam dalam kemurungan akibat dikecam hebat suatu ketika dahulu, pelakon dan penyanyi legenda Noor Kumalasari mendedahkan kakaknya yang juga...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] “Asyik Ingat U Jerr”- Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq?

Sebuah video di TikTok baru-baru ini berjaya buat netizen tersenyum sampai sakit pipi. Bila dua figura terkenal, Syed Saddiq dan...

Read more
by Phic ARMAN
July 18, 2025
Foto - @solartimemy (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur- “Excited Macam Bella Tunjuk Dia”

Nama penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini disebabkan oleh kemesraan...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Foto - @syafiqdharma (IG)
Lokal

“Boleh Sewa Badan Awak Untuk 1k?”- Syafiq Dharma Berdepan Gangguan Seksual

Kalau kamu nak tahu, kini bukan hanya golongan wanita dan kanak-kanak sahaja, tetapi golongan lelaki juga ada yang menjadi mangsa...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Ammar Ahyan Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Cik B, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Sebelum ini nama anak sulung usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas disakat...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM, Cetus Rasa Sebak Netizen!

Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia bakal mengundurkan diri sebagai penyampai radio di...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Ibu Aliff Aziz Beri Respon Selepas Digesa Netizen Untuk Saman Penyebar Fitnah!

Ibu kepada aktor dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil atau lebih dikenali sebagai Fiza Aziz sebelum ini tampil...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem