Saturday, July 19, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Idolakan Senario, Tiro Mahu Tampil Dengan Sitkom Bersama Rakan-Rakan

Mereka turut mempunyai perancangan untuk merakamkan single sulung kumpulan berkenaan.

by Khai Azfar
January 19, 2022
168
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak Mega 2021, kumpulan Tiro meluahkan hasrat untuk tampil dengan sitkom mereka sendiri sekaligus terus memarnai arena lawak tanah air.

Mahu Teruskan Legasi Senario 

Berazam ingin meneruskan legasi kumpulan pelawak terkenal Senario,Tiro yang terdiri daripada Sharif, Syaiful dan Danial Zaini kini sedang berusaha dan merancang untuk memulakan sitkom seumpama itu untuk menghiburkan peminat-peminat menerusi lawak jenaka mereka.

“Kami memang ada beberapa perancangan terutamanya untuk mempunyai sitcom sendiri bagi menghiburkan peminat lawak di negara ini.

“Kita pernah mempunyai beberapa sitcom yang sangat menarik sebelum ini dan kami sepakat untuk menghidupkan kembali rancangan seperti itu,” katanya kepada Murai.my

Dalam pada itu, Sharif berkata sitkom tersebut juga tidak terhad kepada kemunculan mereka kerana rakan-rakan pelawak yang lain akan turut diundang untuk pembabitan bersama.

Bakal Keluarkan Single 

Danial yang bersetuju dengan perkara ini meluahkan rasa gembira kerana Tiro terus mendapat sokongan peminat selepas kejayaan yang dikecapi sebelum ini. Katanya, melalui sitkom kesemua mereka akan dapat menghasilkan lebih banyak karya daripada kumpulan dan sesuai menjadi hiburan tontonan seisi keluarga. Malah, mereka turut mempunyai perancangan untuk merakamkan single sulung kumpulan berkenaan.

“Idea rakam lagu ini tercetus bila kami buat muzikal komedi, jadi kami juga teringat momen lagu-lagu etnik yang pernah dirakam oleh senior kami seperti Senario.

“Jadi kami rancang untuk merakamkan lagu dengan konsep sama dengan elemen joget untuk peminat kami,” katanya

Ketika ditanya mengenai hayat kumpulan Zero yang dianggotai trio adik-beradik iaitu Sharif, Syaiful dan Atu, ia masih aktif namun akui Sharif, permintaan kini lebih kepada Zero.

“Zero masih ada dan tetap akan bersama. Zero dan Tiro akan berjalan seiring. Sebab masing-masing ada kekuatan.

“Dalam Tiro kami memang mahu Danial memainkan peranan utama dengan gandingan saya dan Melati (Syaiful) serta kami memilih lawak meniru gaya dan suara,”jelas Sharif

Bagi Danial pula, dia menyifatkan tidak ada isu ganti sesiapa namun masing-masing mempunyai cara dan pendekatan tersendiri. Malah, tidak mustahil sekiranya Tiro dan Zero akan bergandingan dalam satu persembahan kelak.

Tiro ditemui Murai.my di majlis kesyukuran dan penghargaan buat peminat yang diajurkan oleh kumpulan itu di Restoran Empangan Udang Galah di sini pada Jumaat. Bagaimanapun, Syaiful tidak dapat turut serta berikutan mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Selain peminat, majlis tersebut turut dihadiri rakan-rakan selebriti dan media yang diadakan dalam norma baharu.

Kumpulan Tiro
https://lomp.at/b6scj
Share67Tweet42SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Meerqeen Nafi Bercinta dengan Qasrina Karim, Hanya Rakam Satu Video Tapi Tetap Dituduh Bercinta

by Puteri Alia
July 18, 2025

Sering menjadi tumpuan apabila digandingkan dengan pelakon wanita, Meerqeen sekali lagi terpalit dengan dakwaan cinta lokasi selepas membintangi drama terbaru...

Read more
Lokal

Bukan Lagi Konten Lawak – Netizen Nampak Jelas Wajah Ammar ‘Minta Tolong’ dalam Live Aliff Syukri

“Abah tolong berhenti, abah ‘cut’ sikit sahaja.” Rayuan ringkas namun penuh rasa tertekan itu diluahkan oleh Ammar Ahyan, anak sulung...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Polis Akui Amy Search Mungkin Dipanggil Semula dalam Kes Serangan terhadap Shila Amzah

Polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil semula penyanyi rock legenda, Amy Search bagi membantu siasatan kes yang dikaitkan dengan dakwaan...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

Anita Sarawak Pilih Hilang Tanpa Jejak, Noor Kumalasari Dedah Anita Enggan Lagi Hidup Popular

Pernah tenggelam dalam kemurungan akibat dikecam hebat suatu ketika dahulu, pelakon dan penyanyi legenda Noor Kumalasari mendedahkan kakaknya yang juga...

Read more
by Puteri Alia
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] “Asyik Ingat U Jerr”- Bella Astillah Tewaskan Syed Saddiq?

Sebuah video di TikTok baru-baru ini berjaya buat netizen tersenyum sampai sakit pipi. Bila dua figura terkenal, Syed Saddiq dan...

Read more
by Phic ARMAN
July 18, 2025
Foto - @solartimemy (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Individu Rakam Nyanyian Bella Astillah Buat Ramai Terhibur- “Excited Macam Bella Tunjuk Dia”

Nama penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi menjadi perbualan ramai. Kali ini disebabkan oleh kemesraan...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Foto - @syafiqdharma (IG)
Lokal

“Boleh Sewa Badan Awak Untuk 1k?”- Syafiq Dharma Berdepan Gangguan Seksual

Kalau kamu nak tahu, kini bukan hanya golongan wanita dan kanak-kanak sahaja, tetapi golongan lelaki juga ada yang menjadi mangsa...

Read more
by Soph Azz
July 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Ammar Ahyan Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Cik B, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!

Sebelum ini nama anak sulung usahawan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas disakat...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Fizz Fairuz Tinggalkan Suria FM, Cetus Rasa Sebak Netizen!

Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz membuat pengumuman mengejutkan peminat bahawa dia bakal mengundurkan diri sebagai penyampai radio di...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Lokal

Ibu Aliff Aziz Beri Respon Selepas Digesa Netizen Untuk Saman Penyebar Fitnah!

Ibu kepada aktor dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil atau lebih dikenali sebagai Fiza Aziz sebelum ini tampil...

Read more
by Naddy Joe
July 18, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Nak Pikat Anak, Kena Pikat Menantu Dulu” – Che Ta Akui Belajar Lembutkan Hati Bakal Menantu Daripada Bekas Ibu Mentua

  2. 2

    [GAMBAR] Sultan Pahang & Tunku Azizah Hadiri Graduasi Tengku Jihan Di UK!

  3. 3

    Ammar Ahyyan Dedah Tak Terima Gaji, Tapi Boleh Guna Kad Kredit Aliff Syukri Tanpa Had!

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Kanak-Kanak Bermain Dengan Fattah Amin Di New Zealand, Netizen Teruja!

  5. 5

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem