• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Syukur Alhamdulillah”-Mira Filzah Sahkan Hamil Cahaya Mata Sulung

Mira menitipkan rasa syukur bahawa usia kandungannya kini bakal memasuki trimester ketiga tidak lama lagi. 

by Naddy Joe
January 21, 2022
Share on Facebook

Teka-teki peminat mengenai pelakon dan pengacara ini dikatakan ‘berbadan dua’ ternyata benar apabila Mira Filzah mendedahkan dirinya kini sedang hamil.

Bakal Memasuki Trimester Ketiga

Berita gembira itu dikongsi oleh Mira menerusi akaun Instagram miliknya dan menitipkan rasa syukur bahawa usia kandungannya itu bakal memasuki trimester ketiga tidak lama lagi.

“Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah pemilik seluruh alam, perkhabaran diterima pada tahun lepas yang kami akan menimang cahaya mata sulung kami. Insha’Allah, usia kandungan akan memasuki trimester ketiga tidak lama lagi”- tulis Mira

Ruangan Komen Dihujani Ucapan Tahniah & Doa Peminat

Berita tersebut ternyata mengejutkan peminatnya termasuklah selebriti tempatan. Manakala ruangan komen entri berkenaan juga mula dihujani dengan ucapan tahniah dan doa buat ibu yang bakal menimang cahaya mata sulung ini.

Sekadar info, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohamad Khairil Anuar telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2021 di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara. Perkahwinan mereka juga turut dianggap sebagai Wedding of The Year kerana nama pasangan ini trending di laman Twitter dan ditonton oleh hampir 2 juta penonton yang menyaksikan majlis pernikahan mereka.

Ucapan Emir Buat Mira Filzah Sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-5, Buat Netizen 'Speechless'!
mira filzah
https://lomp.at/bz2vb
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  5. 5

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore