Wednesday, July 2, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

8 Yang Menarik Di Majlis Pernikahan Mira Filzah & Wan Emir Astar

by Khai Azfar
September 4, 2020
591
KONGSIAN
Share on Facebook

Hanya dengan sekali lafaz,pelakon popular Mira Filzah, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman,27 telah sah bergelar isteri kepada seorang arkitek, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, di sebuah pusat konvensyen di Bukit Kiara di sini, malam tadi.

8 Yang Menarik Di Majlis Pernikahan Mira Filzah & Wan Emir Astar

Perkahwinan yang dianggap sebagai Wedding Of The Year itu mencatat rekodnya tersendiri apabila nama pasangan ini trending di laman Twitter malah tidak kurang ada yang beranggapan ianya merupakan perkahwinan norma baharu paling popular.

Pelbagai singkapan menarik telah dikongsi sepanjang majlis akad nikah pasangan ini baik dari segi perkongsian para tetamu, siaran langsung dan juga peminat. Berikut Murai.my tampilkan 8 yang menarik sepanjang majlis pernikahan Mira Filzah dan Wan Emir Astar.

Gayakan Busana Kurung Pahang Dari Rizman Ruzaini

Sama cantik dan sama padan! Kedua-duanya kelihatan berseri dalam persalinan warna rona putih. Difahamkan Mira telah menggayakan busana kurung Pahang hasil rekaan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini.

View this post on Instagram

A post shared by MaisonRizmanRuzaini (@rizmanruzaini)

Hampir 2 Juta Tonton ‘Live’ Majlis Akad Nikah

Seperti yang ramai sedia maklum, ketiga-tiga majlis perkahwinan Mira Filzah dan Emir akan disiarkan secara langsung di TV3. Bagi tontonan di laman YouTube, seramai hampir 2 juta penonton telah menyaksikan majlis pernikahan pasangan ini.

YouTube video

Majlis resepsi kedua yang akan berlangsung di Hotel di Le Meridien, Putrajaya, malam esok juga akan dipancarkan secara langsung di TV3. Satu lagi majlis resepsi akan diadakan di sebuah premis acara di Puchong, Ahad ini dan disiarkan secara langsung melalui program Melodi.

Tekad Benang Emas Jadi Tarikan

Ketika segala hantaran kedua-dua belah pihak dibawa masuk, ramai yang tertarik melihat corak tekad benang emas yang kini jarang sekali dapat dilihat.

Tekat benang emas. pic.twitter.com/oMBqIGfZGF

— N E Y R A (@neyrashazeyra) September 3, 2020

Tekad ini lazimnya banyak diguna pakai oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan khususnya di majlis perkahwinan. Sebagai info, Mira dan Emir merupakan anak jati kelahiran Perak.

Jumlah Wang Hantaran Dirahsiakan

Pada majlis itu, rombongan pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin seutas gelang emas dan sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang daripada pengantin perempuan. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

“I Love You More” – Ungkapan Cinta Mira Filzah Buat Ramai Cair

https://twitter.com/dee_nadhh/status/1301513648905609221

Dalam pada itu, tular di media sosial mengenai sedutan video yang sempat dirakam ketika di majlis pernikahan pasangan ini. Sejurus saat Emir mengucup dahi Mira dan mengungkapkan “I Love You” padanya, Bintang Paling Popular 2019 ini membalas kembali dengan ungkapan “I Love You More”

Mira Filzah Kirim Doa Di Mekah

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Mira sebenarnya telah mendedahkan ingin berkahwin dengan jejaka pilihannya itu kepada beberapa teman rapat termasuk usahawan kosmetik Anas Zahrin. Menerusi laman Instagram nya, Anas mendedahkan bahawa ketika dia berada di Mekah, Mira pernah mengirimkan doa agar hubungannya bersama Emir dilindungi sehingga ke akhir hayat dan majlis perkahwinan mereka akan dipermudahkan kelak. ‘Sweet’ bukan?

https://www.instagram.com/p/CErHVgHJSru/

Datin Mastura Titip Pesanan Arwah Bapa Emir

Menerusi laman Facebook nya, ibu kepada Emir yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Tugas-tugas Khas iaitu Datin Mastura binti Tan Sri Mohd Yazid telah menitipkan pesanan arwah suaminya, Allahyarham Datuk Ar. Wan Mohammad Khair-il Anuar bin Wan Ahmad.

Dedah Mastura, arwah suaminya itu ingin anaknya mendirikan rumahtangga secepat mungkin malah berhasrat untuk mereka sendiri pelamin Emir dan pasangannya. Biarpun sudah tiada, namun Mastura berkata dia akan melaksanakan segala permintaan arwah suaminya buat anak tercinta.

Harapan Mira Filzah Selepas Bergelar Isteri

https://twitter.com/lisaa_aa98/status/1301551698683387904

Ramai yang jatuh hati dengan kelembutan dan sikap peramah Mira Filzah. Ketika ditanya pihak media apakah ucapan Mira buat Emir, dia mengharapkan agar Emir dapat membimbingnya sampai ke syurga.

“Sayang, I mungkin bintang paling popular tapi I ada flaws(kekurangan). I ada bad habits, I ada keburukan. Not all the time I lemah lembut, not all the time manis. Please, kalau ternampak selepas ini, bimbing I untuk jadi yang lebih baik. Itu sahaja I minta, sampai ke syurga. Insyallah”

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
EmirAmirahmira filzahmira filzah kahwinWan Emir Astar
https://lomp.at/ztpck
Share242Tweet146SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem