Saturday, May 28, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Gossip

“Susah Sebenarnya Nak Cakap” – Nynaa Harizal Akui Kontroversi Lalu Beri Kesan Pada Keluarga

Nynaa bagaimanapun berkata dia masih berhubung dengan mereka.

by Khai Azfar
January 21, 2022
“Susah Sebenarnya Nak Cakap” – Nynaa Harizal Akui Kontroversi Lalu Beri Kesan Pada Keluarga
Share on Facebook

Pelakon Nynaa Harizal pada tahun lalu menggemparkan industri seni dengan kemelut rumahtangga nya sehingga menjadi bualan ramai.

Kontroversi Memberi Kesan 

Bagaimanapun, hubungan bersama suami, Mohamed Fahmi Ilyas kembali bertaut dan kini pasangan itu bahagia menjalani kehidupan bersama. Berkongsi perihal tersebut, Nynaa akui kontroversi lalu telah memberikan pelbagai kesan termasuk hubungan bersama keluarga. Tidak menjelaskan secara terperinci, Nynaa bagaimanapun berkata dia masih berhubung dengan mereka.

via Instagram Nynaa Harizal

“Susah sebenarnya nak cakap, tapi keadaan kami berdua sekarang baik-baik saja.

“Saya masih berhubung dengan keluarga tapi isu itu masih ada kesannya, apapun, saya rasa akhirnya semuanya akan okay. Keluarga pun lama-lama akan baik juga,” katanya

Nynaa ‘Hiatus’ Dari Tawaran Berlakon 

Bagi soal kerjayanya pula, Nynaa berkata buat masa ini dia menolak tawaran berlakon kerana ingin berehat .

IKLAN

“Buat masa sekarang rasanya isu rumah tangga kami tidak memberi kesan kerana saya masih dapat tawaran berlakon, cuma saya tolak dahulu sebab mahu rehat dan menikmati kehidupan,” katanya lagi

Tambah Fahmi pula, dia menafikan sekerasnya mengenai dakwaan kisah rumahtangga mereka yang dikatakan hanya sebuah gimik.

“Kalau kejadian itu gimik, macam-macam lagi cara lain yang saya boleh lakukan. Tapi bila melibatkan hal peribadi, ia memang gila hinggakan saya tak berharap perkara sama berlaku kepada musuh saya,” tegasnya.

Pasangan itu ditemui Murai.my di sidang media program MIC ON! musim kedua di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Khamis.

Terdahulu, kontroversi rumahtangga mereka tercetus setelah Nynaa didakwa telah diculik ahli keluarganya sendiri.Susulan itu, Fahmi membuat laporan polis terhadap tindakan bapa mentuanya dan turut membuka fail tuntutan nusyuz terhadap aktres itu berikutan hampir dua minggu keluar tanpa kebenarannya.

Tidak lama kemudian, Nynaa memfailkan permohonan cerai kepada suaminya di Mahkamah Rendah Syariah, Johor Bahru pada 10 November lalu. Bagaimanapun, hubungan mereka kembali jernih dan memilih untuk tidak berpisah.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: Nynaa Harizal
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

“Takkan Korang Tak Pernah Buat Silap”- Caprice Komen Isu Video Tular Syafi Tee Bercium Dengan Seorang Wanita
Gossip

“Takkan Korang Tak Pernah Buat Silap”- Caprice Komen Isu Video Tular Syafi Tee Bercium Dengan Seorang Wanita

by Naddy Joe
May 27, 2022

Penyanyi rap dan usahawan, Caprice tampil bersuara selepas diminta oleh pengikutnya untuk memberikan pendapat mengenai isu video tular yang memperlihatkan...

Read more
“Seorang Lagi Puteri Dilahirkan”- Haziq Hot FM Timang Cahaya Mata Ketiga
Gossip

“Seorang Lagi Puteri Dilahirkan”- Haziq Hot FM Timang Cahaya Mata Ketiga

by Naddy Joe
May 26, 2022

Penyampai radio terkenal, Haziq Hussni atau dikenali sebagai Haziq Hot FM berkongsi khabar gembira apabila isterinya Ayunda Putri Mekarsari selamat...

Read more
Nam Ron Seloroh Lebih ‘Mantap Tayang Body’ Berbanding Norman Hakim
Gossip

Nam Ron Seloroh Lebih ‘Mantap Tayang Body’ Berbanding Norman Hakim

by Naddy Joe
May 26, 2022

Pelakon yang menerima pelbagai pengiktirafan, Nam Ron menerusi media sosialnya berkongsi gambar separuh bogel sekaligus mencuri perhatian ramai. Akui Norman...

Read more
“Bang*ng Tahap Apa Ni”-Nourul Depp Berang Pihak MRSM Minta Mangsa Buli ‘Simpan Rahsia’ Dari Ibu Bapa?
Gossip

“Bang*ng Tahap Apa Ni”-Nourul Depp Berang Pihak MRSM Minta Mangsa Buli ‘Simpan Rahsia’ Dari Ibu Bapa?

by Naddy Joe
May 26, 2022

Penyanyi, Nourul Depp tampil bersuara selepas kecoh mengenai kejadian buli secara kekerasan atau 'ragging' di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM)...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    ‘Lebih Kurang Sama Dengan Gambar Yang Tengah Viral” – Netizen Samakan Sambutan Hari Lahir Anak Jep Dengan Menteri

  3. 3

    Oksana Voevodina Tetap Yakin Anak Lelakinya Ismail Leon Berdarah Campuran Malaysia, Ini Buktinya!

  4. 4

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  5. 5

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera