Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Kos Majlis Resepsi Cecah Berpuluh Ribu, Hadiah Mila Jirin Buat Heliza Helmi

Bagaimanapun, Mila memilih untuk tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan majlis kahwin

by Khai Azfar
January 26, 2022
Share on Facebook

Pemilik Bizmilla Wedding Centre yang juga penyanyi terkenal, Mira Jirin menyifatkan sebuah majlis resepsi sebagai hadiah buat teman baiknya, Datin Seri Heliza Helmi tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

Mila Enggan Dedah Jumlah Sebenar Majlis Resepsi Heliza

Dikhabarkan, majlis resepsi yang berlangsung 22 Januari lalu di Bizmilla Grand Ballroom, Eco Sanctuary dianggarkan menelan belanja puluhan ribu ringgit. Bagaimanapun, Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmila Jirin memilih untuk tidak mendedahkan jumlah sebenar perbelanjaan majlis kahwin Heliza dan suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

“Hadiah dan nilai majlis resepsi ini tidak boleh dibandingkan dengan usia persahabatan kami yang sudah mencecah 15 tahun. Apa yang saya berikan bertitik tolak atas kasih dan sayang seorang sahabat.

“Kebetulan saya menjalankan empayar perniagaan perkahwinan ini sejak tahun 2013, jadi tak salah saya hadiahkan sesuatu yang dekat di hati untuk insan disayangi,” kata Mila

Mila Paling Gembira 

Disebalik majlis tersebut, tersimpan sebuah kisah lucu diantara mereka. Menurut Mila, pada awalnya Heliza menghubungi bertanyakan mengenai kekosongan dewan Bizmilla yang ada untuk digunakan pada 1 Januari lalu. Namun, dia tidak menyangka bahawa pertanyaan Heliza itu adalah bagi meraikan hari istimewanya

“Cuma ketika itu, saya tidak syak dan tahu mengenai cerita sebenar yang dia akan berkahwin. Ketika ditanya mengenai dewan kosong untuk tarikh berkenaan, saya pun tak tanya beriya iya ia diperlukan untuk majlis siapa.

“Cuma permintaan itu tak dapat dipenuhi sebab enam dewan yang ada sudah penuh. Saya pun seperti kebanyakan lain yang tidak tahu dia akan berkahwin pada tarikh itu. Jadi perbualan kami terhenti di situ.

“Selang beberapa hari, saya dikejutkan dengan undangan majlis persandingannya melalui kiriman WhatsApp. Saya antara sahabatnya yang amat gembira dengan berita tu. Masa itu gembira saya bukan kepalang sampai lupa nak tak tanya dengan siapa dia akan berkahwin,” kongsinya

Mengimbas kembali kenangan lalu, Mila berkata dia pernah berseloroh dengan Heliza untuk mengendalikan majlis perkahwinannya suatu hari nanti dan tidak menyangka ia akan menjadi suatu realiti.

“Saya imbas kembali kenangan pada tahun 2019, dia ada anjurkan majlis bersama peminat di salah satu dewan Bizmilla. Masa itu saya sempat berseloroh kepadanya. Saya kata, kalau dia kahwin, syarikat saya wajib uruskan majlis dan jadi lokasi persandingan.

“Cuma ketika itu, dia mungkin ingat apa yang saya katakan hanya bersifat sekadar syarat pertuturan semata mata. Tapi jauh di sudut hati saya, kata kata itu sebenarnya serius dan mahu dijadikan kenyataan.

“Alhamdulillah, hasrat saya Allah makbulkan. Saya bersyukur dapat memberi sedikit kegembiraan dan meraikan sahabat saya ini,” katanya bersyukur.

Heliza Cuba Menolak 

View this post on Instagram

A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi)

Tambahnya lagi, Heliza beberapa kali cuba untuk menolak ‘hadiah’ daripada Mila kerana berasakan tidak layak menerimanya. Mila juga menyifatkan pemberian tersebut adalah hadiah perkahwinan buat pelantun Doa Dalam Lagu itu dan bukan sebagai tajaan kerana mengenangkan persahabatan serta sikap pemurah Heliza selama ini.

“Namun, saya teringat kata kata yang dia sering ungkapkan andai dberi hadiah tetapi saya menolaknya. Heliza akan cakap, Rasulullah tidak pernah menolak hadiah pemberian sahabatnya.

“Saya turut menggunakan modal kata kata yang sama dan dia akhirnya bersetuju. Saya tak anggap ini sebagai tajaan, tapi lebih kepada hadiah kahwin,”

“Cuma selama ini, sikap pemurahnya menghadiahkan itu ini, tak pernah saya kongsikan kepada umum. Malah saat mula ingin berhijrah dan berhijab, saya banyak berhubung dengannya dan dia memberikan banyak input berguna agar kekal istiqamah.

“Dia juga terus memberikan saya beberapa helai tudung dan jubah. Hubungan kami ini jauh di mata tapi dekat di hati.

“Kami memang jarang berjumpa disebabkan kekangan masa masing masing. Tetapi kami kerap berhubung melalui WhatsApp, rakaman suara dan juga telefon sambil bertanya khabar serta bertukar pendapat.

“Tak ketinggalan kami pasti sering mendoakan antara satu sama lain. Tambahan sewaktu ‘lockdown’, dia banyak menyokong perniagaan saya. Dia juga membantu saya dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan Bizmilla di media sosial beliau secara percuma,” katanya lagi

Lebih manis, pada majlis resepsi itu, Mila berjaya meyakinkan Heliza untuk menyarung busana daripada kain songket.

“Saya sendiri amat menyukai material songket dan menghargai seninya. Busana perkahwinan itu dijahit oleh pasukan kerja Bizmilla Bridal sendiri.

“Selain itu, untuk pemilihan kek perkahwinan pula, saya memberi cadangan idea kepada pasukan kerja Cakesmilla. Mereka menyediakan kek sentuhan moden kontemporari supaya dapat diselarikan dengan busana songket yang digayakan.

“Alhamdulillah pengantin sangat gembira dengan dekorasi dewan dan pelamin. Tetamu yang hadir juga disajikan menu secara ‘dome’ ” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin)

Dalam perkembangan lain, Mila kini kembali bangkit menyemarakkan empayar perniagaannya selepas lebih dua tahun melalui fasa turun naik kesan pandemik COVID-19. Untuk rekod, Bizmilla kini mempunyai 10 dewan kahwin atau premis ruang acara di One City Subang, Sanctuary Mall, Rawang dan Johor Bahru. Pada pertengahan tahun ini, beberapa dewan kahwin akan ditambah termasuk di Kota Raya Kuala Lumpur dan di Iskandar Puteri, Johor Bahru.

“Tak Serik Lepas Isteri Ditahan Tentera Israel” - Datuk Mahadi Rela Lepaskan Heliza Sertai Misi Gaza Lagi
heliza helmimila jirin
https://lomp.at/pzibb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Aeril Zafrel Tampil Beri Teguran Kepada Tareq Fit!-“Haritu Kau Cakap Aku Dayus..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel tampil memberikan teguran terhadap jurulatih kecergasan sensasi, Tareq Fit yang meluahkan rasa kesal terhadap penyampai...

Read moreDetails
Gossip

Isu Dayana Roza Persoal Kenapa Ramai Lelaki Melayu Curang, Reen Rahim Tampil Beri Respon!

by Naddy Joe
April 15, 2026

Pelakon, Dayana Roza membuat perkongsian bersama peminat selepas tular isu curang dalam perkahwinan orang ramai di media sosial, baru -baru...

Read moreDetails
Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara