Pelakon jelita dan seksi tanah air, Raja Ilya yang kini menetap di Perth, Australia bersama suami tercinta memuatnaik video yang cukup menarik di akaun Instagram nya.
Tujuan Raja Ilya berkongsi video sebenarnya bagi menjawab soalan orang ramai yang sering bertanya kepadanya, sama ada seronok atau tidak menetap di Australia.
Gambarkan Australia ‘Unpredictable’
Menurut Raja Ilya, tinggal di Australia sama seperti situasi dalam video yang dikongsikannya di mana ia sesuatu yang tak dapat di jangkakan.
“Orang selalu tanya saya Best Tak duduk Australia? Dan saya macam… (emoji pening dan bintang pusing) kalau anda duduk di rumah 24/7 mungkin seronok dan SELAMAT! Selamat datang ke Australia sememangnya ‘Unpredictable’ AU” tulisnya
Netizen Beri Pelbagai Respon
Melihat video dan membaca kapsyen yang dikongsikan pelakon jelita ini di Instagram nya, mencuri perhatian orang ramai dan rata-rata memberi pelbagai respon serta komen di ruangan komen posting tersebut.
“Pehhh air yang jernih jangan disangka tak ada ‘shark do do”
“Itu jerung kepala tukul”
“Nasib tak kena ngap jerung”
“Air cetek pun dia pi..” komen mereka
“Bahaya Bahaya Bahaya… RAJA ILYA”
“Hujan batu dinegeri sendiri”
“Seramnya”
“Bahaya laut sana malah tasik dia orang pun boleh tahan” komen mereka
Untuk rekod Raja Ilya mendirikan rumahtangga bersama suami tercinta Trent Garret dari Australia, dalam satu majlis tertutup pada 23 Disember 2018.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.