Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Video Sambutan Hari Lahir Tular, Peminat Dakwa Nampak ‘Baby Bump’ Mimi Lana

by Puteri Alia
November 21, 2025
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Persoalan mengenai kemungkinan Mimi Lana hamil kembali menjadi buah mulut ramai selepas tular satu video sambutan hari lahirnya yang dimuat naik oleh akaun TikTok arra.raaa, dipercayai milik anggota keluarga suaminya, Syafiq Kyle.

Dalam video tersebut, Mimi kelihatan ceria dikelilingi ahli keluarga dan Syafiq yang setia di sisi, tetapi apa yang lebih mencuri perhatian netizen adalah perubahan bentuk tubuhnya yang dianggap “lain macam” sehingga mencetuskan spekulasi bahawa pelakon filem Pusaka itu mungkin sedang berbadan dua.

Ruangan komen di TikTok bertukar menjadi medan ucapan tahniah apabila rata-rata peminat menyampaikan doa agar pasangan itu dikurniakan rezeki cahaya mata. Walaupun tiada sebarang petunjuk jelas daripada pasangan berkenaan, peminat tetap melemparkan kata-kata positif, malah ada yang mengaku “terasa vibe ibu mengandung” daripada gaya Mimi dalam rakaman tersebut.

Keakraban keluarga kedua-dua belah pihak dalam video itu turut menghangatkan lagi andaian bahawa mungkin ada berita gembira yang belum dikongsikan kepada umum.

Namun sehingga kini, baik Mimi mahupun Syafiq tidak memberikan apa-apa kenyataan mengenai perkara tersebut. Mereka berdua terkenal sebagai pasangan yang memilih untuk menyimpan hal peribadi secara privasi, justeru peminat faham jika mereka mahu menunggu masa yang tepat sebelum berkongsi sebarang perkembangan.

Pasangan ini baru sahaja melangkah ke fasa baharu dalam hidup selepas mendirikan rumah tangga di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu, dan ramai yang berharap kabar angin mengenai kehamilan itu akhirnya menjadi kenyataan.

Topik Berkaitan "Bawa Ke Kes Tali Gantung, Diorang Ni Besar Kepala"- Mimi Lana

Buat masa ini, segala spekulasi kekal sebagai teka-teki, namun kegembiraan yang terpancar dalam video berkenaan sudah cukup membuat peminat teruja menantikan pengumuman rasmi daripada kedua-dua pelakon kesayangan ramai itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Mimi Lana
Share15Tweet10SendShare

KINI TRENDING

Son Ye Jin
Korea

Wajah Anak Diambil Tanpa Izin, Son Ye Jin Ambil Tindakan Tegas

by Nurul A.
September 30, 2026

Sama seperti ibu bapa yang lain, aktres Korea Selatan, Son Ye Jin memberikan amaran kepada individu yang mengambil gambar anak...

Read moreDetails
Surviving Beauty, Camelia TV3, Thailand
Spotlight

Dari Thailand Ke Malaysia, Slot Camelia TV3 Bawa “Surviving Beauty” Untuk Peminat

by Nurul A.
September 14, 2026

TV3 sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menyajikan kandungan hiburan terunggul dan meluas buat rakyat Malaysia menerusi pelancaran slot drama terbaharu,...

Read moreDetails
Kate Middleton
Hollywood

[VIDEO] Hampir Jatuh Kerana Gaun Dipijak, Reaksi Kate Middleton Jadi Tumpuan

by Nurul A.
September 24, 2026

Puteri Wales, Kate Middleton hampir tergelincir ketika menghadiri tayangan perdana filem baharu Tom Cruise, "Digger" di London baru-baru ini. Mengenakan...

Read moreDetails
Foto - @cikepal06 (IG)
Lokal

[VIDEO] Gelagat Yuki Dengan Cik Epal Buat Ramai Yang Sebak- “Dia Rindu Tapi Tak Pandai Luah”

by Nurul A.
September 23, 2026

Sebuah video lama milik usahawan dan pempengaruh, Cik Epal (CE) bersama anaknya, Yuki kembali tular selepas dikongsi oleh seorang pengguna...

Read moreDetails
Pemuja Syaitan
Filem

Zul Ariffin, Elizabeth Tan & Nadhir Nasar Hidupkan Misteri “Pemuja Syaitan” Di Layar Perak

by Nurul A.
September 18, 2026

Sesuatu yang mengerikan bakal menanti penonton menerusi filem horror terbaharu, "Pemuja Syaitan", arahan Liyana Jasmay yang diperkenalkan secara rasmi kepada...

Read moreDetails
Angelina Jolie
Hollywood

Jual Rumah Di LA, Angelina Jolie Bakal Pindah Ke Kemboja

by Nurul A.
September 25, 2026

Aktres Hollywood dan aktivis kemanusiaan, Angelina Jolie dikhabarkan bakal meninggalkan Amerika Syarikat. Keputusan itu didakwa dibuat selepas Angelina dan anak-anaknya...

Read moreDetails
Spotlight

“Untuk Wanita Yang Mulut Celupar”- Bunga Isme Tempelak Netizen Sentuh Fizikal Najwa Latif

by Phic ARMAN
September 18, 2026

Kalau seseorang berubah bentuk badan selepas berkahwin atau mempunyai anak, adakah itu bermakna mereka tidak lagi layak menerima komen positif?...

Read moreDetails
Spotlight

“Dulu Ada Yang Sinis Ketawa”- Anas Zahrin Kini No. 1 Di TikTok Shop Malaysia

by Phic ARMAN
October 8, 2026

Bukan mudah membina jenama sendiri sehingga dikenali ramai, apatah lagi dalam industri kosmetik yang penuh persaingan. Namun, bagi usahawan dan...

Read moreDetails
Ahli Kerabat Diraja
Spotlight

8 Ahli Kerabat Diraja Pilih Orang Biasa Sebagai Pasangan Hidup

by Nurul A.
September 27, 2026

Walaupun 'title' sebagai ahli kerabat diraja memberi banyak kelebihan, tetapi hidup mereka sebenarnya penuh dengan tanggungjawab dan protokol. Lebih-lebih lagi...

Read moreDetails
Ejen Meghan Markle
Hollywood

Bekas Ejen Meghan Markle ‘Buka Mulut’, Dedah Apa Yang Berlaku Sepanjang Kerjayanya

by Nurul A.
October 1, 2026

Bekas ejen Meghan Markle, Ari Emanuel mengakui bahawa dia gembira kerana tidak lagi perlu meguruskan kerjaya Duchess of Sussex. Bekas...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    8 Episod ‘Walimatulurus Bella Astillah & Syed Saddiq’, Ini Apa Yang Bakal Anda Saksikan

  3. 3

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara