Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Sah! Bernard Chandran Bongkar Rahsia Reka Busana Pengantin Diraja Brunei

Sah sangkaan netizen, Datuk Seri Bernard pereka fesyen busana pengantin pasangan diraja Brunei

by Puteri Alia
January 27, 2022
Foto - Instagram @bernardchandran

Foto - Instagram @bernardchandran

Share on Facebook

Dalam artikel Murai my sebelum ini ada mengulas tentang telahan orang ramai mengenai Datuk Seri Bernard Chandran, merupakan pereka busana pasangan diraja Brunei dan ternyata sangkaan tersebut tepat!

Datuk Bernard Pereka Fesyen Diraja Brunei

Pendedahan ini dikongsikan sendiri oleh Bernard dengan memuatnaik tangkap layar keratan akhbar dari Pelita Brunei di Insta-Stories beliau. Menerusi pendedahan tangkap layar tersebut sekaligus mengesahkan telahan orang ramai bahawa Bernard merupakan pereka fesyen diraja Brunei.

Foto – Instagram @bernardchandran

Berdasarkan petikan dari tangkap layar akhbar tersebut, Bernard mendapat ilham bagi menghasilkan busana pengantin yang gah dan luar biasa itu dengan menggabungkan tradisi tenunan negara Brunei dan elemen kontemporari.

Ambil Masa 6 Bulan Reka Busana Dan 3 Bulan Untuk Siapkan

Dalam temuramah Bernard bersama Pelita Brunei mendedahkan, busana raja sehari itu mengambil masa enam bulan untuk mereka rekaan tersebut, manakala tiga bulan lagi adalah untuk menyiapkan persalinan indah milik pasangan raja sehari itu.

Foto – Instagram @bernardchandran

Memahami Cita Rasa Sejak Puteri Fadzilah Berusia 10 Tahun

Melihat rekaan busana nan indah di mata dengan perincian serta sentuhan unik Bernard ini, membuatkan orang ramai terpegun melihatnya.

Menurut Bernard lagi, beliau sebenarnya telah memahami cita rasa Puteri Fadzilah sejak anak perempuan kedua bongsu sultan Brunei itu berusia 10 tahun lagi.

Foto – Instagram @bernardchandran (Bernard hujung kanan bergambar bersama Puteri Fadzilah dan suami Abdullah Nabil)

Jadi tidak hairanlah setiap busana persalinan yang dihasilkan untuk pasangan diraja ini tampak gah, dan klasik dengan sentuhan kontemporari yang tersendiri.

Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimibernard chandranpereka fesyen dirajaPuteri Fadzilah Lubabul Bolkiah
https://lomp.at/qdlhb
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Bila Kita Terburu-Buru Untuk Berkata Dengan Perasaan Marah…”-Mia Sara

by Naddy Joe
February 19, 2026

Pelakon, Mia Sara mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memberikan kenyataan yang melibatkan kemelut dirinya bersama pelakon, Puteri Balqis. Mia Sara...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Foto - @blckpinkpic (X)
Korea

[VIDEO] “Akan Bubar?!”- Reaksi Ahli BLACKPINK Di Konsert Terakhir Cetus Spekulasi

by Nurul A.
January 27, 2026

Reaksi ahli BLACKPINK, iaitu Jisoo, Jennie, LISA dan Rosé, semasa konsert jelajah dunia DEADLINE terakhir mereka di Hong Kong baru-baru...

Read moreDetails
Spotlight

‘Malam Tiga Syukur’, Dalami Pengertian Qana’ah Raya Ini

by Naddy Joe
March 8, 2026

Bayangkan seorang lelaki yang ada segala-segalanya. Rumah besar, kereta mewah, keluarga yang setia. Orang memandangnya dengan penuh rasa kagum, dan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Mekyunn & Ibu Bapa Berjaya Puasa Pada 1 Ramadhan

by Naddy Joe
February 20, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn mencuri perhatian netizen selepas berjaya berpuasa bersama ibubapanya pada 1 Ramadhan semalam. Kongsi Mekyunn di Thread,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara