Friday, June 20, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Teknologi

[REVIEW] Jom Lihat Apa Yang Menarik Galaxy S21 FE 5G, Memang Sesuai Sangat Untuk Gen Z!

by Phic ARMAN
January 31, 2022
60
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel, [UNBOXING] Pandangan Pertama Samsung Galaxy S21 FE,  yang direka dengan mempersembahkan pelbagai ciri premium Galaxy S21. Kali ini kami ingin membuat review penuh tentang telefon pintar yang digemari generasi Z ini.

Galaxy S21 FE 5G dilengkapi dengan aspek terbaik Galaxy S21, iaitu reka bentuk yang menarik perhatian, prestasi terbaik, kamera triple pro-gred dan ketersambungan ekosistem yang lancar.

Sebelum kita pergi jauh, jom lihat rekaannya dahulu. Galaxy S21 FE mempunyai Paparan AMOLED Dinamik 2X dengan refresh rate 120Hz. Malah ia dilindungi oleh Gorilla Glass Victus.

Dilindungi oleh Gorilla Glass Victus.

Selain beratnya yang ringan, Galaxy S21 FE menampilkan reka bentuk premium yang seamless Reka bentuk kontemporari dengan Contour-Cut ikonik tipikal Galaxy S21 menyepadukan sarung kamera ke dalam badan dengan mulus.

Kami mendapatkan warna putih, namun terdapat beberapa pilihan warna menarik yang lain seperti Olive, Lavender, White, dan Graphite.

Pemproses Terkini

Mengenai pretasi dalaman, sudah semestinya Galaxy S21 FE mengikut peredaran zaman terkini. Galaxy S21 FE 5G  dilengkapi dengan pemproses terpantas dan terkini seperti yang digunakan oleh Galaxy S21, iaitu Exynos 2100. Ini adalah cip yang sama yang menjanakan Galaxy S21, S21+ dan S21 Ultra semasa di Malaysia.

Kualiti grafik yang tiada tandingan

Bagi gamer dan streamer, prestasi pantas ini akan memberikan kualiti grafik yang tiada tandingan. Skrin 2X Dynamic AMOLED, yang turut dilengkapi dengan kadar tindak balas sentuhan 240Hz dan refresh rate 120Hz, memastikan pelbagai pengalaman permainan dalam talian lancar.

Skrin

Dengan skrin 6.4-inci dan nisbah skrin 19.5: 9 baharu serta bezel minimum, ia turut memberikan pengalaman tontonan yang menarik. Ditambah dengan kecerahan sehingga 1200 nits membolehkan pengguna menikmati pengalaman visual yang lebih cerah, tajam dan juga bertenaga.

[REVIEW] Samsung Galaxy A56 5G: Telefon Mampu Milik Dengan Ciri Power!

Kamera

Di bahagian kamera, ia teersedia tiga kamera di bahagian belakang yang merangkumi kamera utama AF dwi-piksel 12MP dengan OIS, kamera sudut ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 8MP yang menyokong 30x Space zoom. Turut disertakan ialah kamera swafoto 32MP yang terletak di dalam punch-hole di bahagian atas skrin.

Telefon pintar ini turut disokong oleh beberapa siri ciri kamera terkemuka seperti Dual Recording yang memaparkan Picture-in-Picture View dan Split View yang sedia merakam aksi menarik dan bersedia menyampaikan kandungan inspirasi untuk menjadi viral di media sosial.

Bateri

Mengenai kuasa peranti,  Galaxy S21 FE 5G  mempunyai bateri berkapasiti 4,500mAh. Selain itu, Galaxy S21 FE 5G juga menyokong ciri Pengecasan Super Pantas dengan kuasa sehingga 25W, di mana pengguna boleh mencapai lebih daripada 50% hayat bateri dalam masa 30 minit sahaja.

Itulah beberapa spesifikasi Galaxy S21 FE dan review dari kami dan semestinya ia menyokong semua keperluan para Gen Z untuk meluahkan, mencipta dan berkongsi inspirasi dengan orang lain. Untuk pasaran Malaysia, telefon pintar ini tersedia dalam dua pilihan konfigurasi memori iaitu 8GB RAM dengan memori dalaman 128GB dan 8GB RAM dengan memori dalaman 256GB.

Harga

Samsung Galaxy S21 FE 5G kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM2,899 (128GB) dan RM3,099 (256GB) Mulai sekarang hingga 28 Februari, anda boleh menikmati diskaun sehingga 30% untuk aksesori terpilih seperti Galaxy Watch4 dan Galaxy Buds dengan setiap pembelian Galaxy S21 FE 5G.

Akhir sekali, apabila Tahun Baru Cina semakin hampir, dari 7 Januari hingga 27 Februari 2022, pelanggan boleh menikmati e-baucar bernilai RM68 untuk Galaxy S21 FE 5G semasa musim perayaan ini.

[VIDEO] Kenapa Galaxy Ring Lebih Mahal dari Galaxy Watch? Ini Keistimewaanya Yang Ramai Tak Tahu

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran, anda boleh layari di sini; untuk maklumat lanjut tentang Samsung Galaxy S21 FE 5G, lawati di sini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

reviewsamsungSamsung s21 FE
https://lomp.at/eyixl
Share24Tweet15SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fattah Amin Duduk Di Sebelah katil Amira Othman Buatkan Netizen Tersenyum!

  2. 2

    “Seronok Sangat Tayang Bahagia”-Elfira Loy Akui Sering Bergaduh Dengan Suami

  3. 3

    [VIDEO] “Lagu Paling Sampah Dari Penyanyi Muda!” – Macam Galakkan Lagi Penonton, Netizen Kecam Teguran PU Syed

  4. 4

    [VIDEO] Telatah Anak Siti Nurhaliza, Ramai Teruja Tengok Afiyah ‘Speaking English’

  5. 5

    “Tak Kisah Kalau Ejen Ali Potong Filem Keluarga Kami”-Syafiq Yusof Tak Mahu Lagi Dibelenggu Takhta Filem No. 1 Malaysia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem