Tuesday, May 24, 2022
  • HANGAT.COM
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Teknologi

[UNBOXING] Pandangan Pertama Samsung Galaxy S21 FE, Reka Bentuk Kemas & Premium

by Phic Arman
January 21, 2022
[UNBOXING] Pandangan Pertama Samsung Galaxy S21 FE, Reka Bentuk Kemas & Premium
Share on Facebook

Baru-baru ini  Murai MY berpeluang membuka kotak Galaxy S21 FE, telefon pertama Samsung untuk tahun ini. Agaknya apa yang ditawarkan oleh siri FE kali ini?

Terlebih dahulu kami ingin kongsikan bahawa Samsung telah mengumumkan harganya RM2,899 untuk 128GB manakala RM3,099 untuk 256 GB.

Pandangan pertama membuka kotak,  Galaxy S21 FE dilihat begitu nipis yang dibungkus dalam kotak yang padat. Keseluruhan kotak berukuran setinggi telefon Galaxy S21 FE itu sendiri dan cukup kemas.

Apa ada dalam kotak?

Bagi model terbaru ini, Samsungmemberi; Sebiji telefon, wayar pengecas USB, pembuka kunci sim, buku manual dan kad jaminan.

Untuk keluaran Galaxy S21 FE kali ini, bahagian hadapan dan belakang dilihat begitu rata. Telefon pintar ini ternyata mudah disimpan di mana-mana permukaan apa pun, kerana ia tidak akan tergelincir tidak mudah tercalar.  Walaupun di bahagian tepi rata,  Samsung telah melengkungkan sedikit di setiap sudut tepi S21 FE.

Jadi telefon pintar ini agak selesa untuk dipegang. Panel belakang rata terletak dengan selesa pada tapak tangan anda, terdapat cengkaman mudah pada semua tepi, dan beratnya hanya 177 gram.

IKLAN

Reka bentuknya mengingatkan kepada Galaxy S21. Terdapar set kanta kamera yang sama di bahagian belakang dalam reka bentuk modul yang sama. Apa yang berbeza ialah kemasannya, kali ini lebih halus dan sekata. S21 FE juga lebih besar daripada S21 dan anda boleh rasai perbezaannya apabila digunakan.

Di bahagian hadapan, terdapat paparan AMOLED 6.4 inci, menempatkan kamera swafoto punch-hole di tengah. Paparan ini bersempadan dengan bezel yang sangat tipis. Butang laraskan bunyi dan butang kuasa berada di tepi kanan dan port USB Jenis-C, SIM tray dan gril pembesar suara di sudut bawah.

Itulah pandangan pertama kali tentang Galaxy S21 FE  dan nantikan review penuh dari kami selepas ini. Jika anda ingin memilikiinya, anda layak menikmati langganan pelan perlindungan Samsung Care+ bernilai RM 220 secara percuma dan e-baucar Samsung bernilai RM 350 untuk pembelian peranti wearable yang terpilih.

Dapatkan Samsung Galaxy S21 FE 5G di Samsung Experience Store, Samsung Online Store atau melalui wakil pengedar rasmi.

 

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: samsungSamsung s21 FE
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

[REVIEW] Honor X8: Nipis, Ringan Dan Bergaya
Teknologi

[REVIEW] Honor X8: Nipis, Ringan Dan Bergaya

by Phic Arman
May 17, 2022

HONOR X8 telah direka bentuk dengan badan ultra tipis dan ringan, dengan ketebalan 7.45mm dan berat hanya 177 gram. Ia...

Read more
Bagi Duit Raya Kepada Kenalan Anda Dengan e-Dompet ShopeePay, Boleh Menang Wang Tunai Sehingga RM100K
Sponsored

Bagi Duit Raya Kepada Kenalan Anda Dengan e-Dompet ShopeePay, Boleh Menang Wang Tunai Sehingga RM100K

by Phic Arman
May 10, 2022

Zaman sekarang, penggunaan e-Wallet atau e-Dompet semakin meluas dan banyak aplikasi yang menyediakan perkhidmatan ini. Namun tak semua yang memberikan...

Read more
Bosan & Mengantuk? Ceriakan Perjalanan Balik Kampung Dengan Galaxy Buds2!
Teknologi

Bosan & Mengantuk? Ceriakan Perjalanan Balik Kampung Dengan Galaxy Buds2!

by Mas Ayu
May 2, 2022

Waktu balik kampung adalah saat yang dinantikan bagi sesiapa sahaja yang ingin menyambut Hari Raya di kampung halaman masing-masing bukan?...

Read more
HONOR Menduduki Tempat Teratas di China Pada Tahun Suku Pertama
Teknologi

HONOR Menduduki Tempat Teratas di China Pada Tahun Suku Pertama

by Phic Arman
April 28, 2022

Telefon pintar HONOR semakin hampir menguasai pasaran utama China apabila menduduki tempat kedua carta jualan terlaris pada suku pertama tahun...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Kahwin Jela Dato, Halal Nak Pegang Mana Pon” – Ini Respon Fadzil Zahari Apabila Tengok DSV Dan Lucinta Luna Bersentuhan Di Pavilion

  2. 2

    ‘Lebih Kurang Sama Dengan Gambar Yang Tengah Viral” – Netizen Samakan Sambutan Hari Lahir Anak Jep Dengan Menteri

  3. 3

    [EKSKLUSIF] “Kak Nita Pernah Luahkan Rasa Sedih Dengan…”- Bekas Pengarang Kongsi Isi Perbualan Dengan Anita Sarawak

  4. 4

    “Longgarkan Sedikit Pakaian, Kesian Dekat Abang Dan Adik Tahfiz” – Netizen Tegur Cara Berpakaian Janna Nick

  5. 5

    Zul Ariffin Kongsi Gambar Berjoging, Ini Yang Netizen Perasan Pada Gambar Tersebut

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: [email protected]

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2021 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera