Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Nabila Razali Dijangkiti Covid Buat Kali Ke-2, Mohon Doakan Kesembuhan

Penyanyi ini terpaksa menunda segala kerja akibat dijangkiti Covid-19 dan mohon doa dari orang ramai

by Puteri Alia
February 4, 2022
Foto - Instagram @nabila.razali

Foto - Instagram @nabila.razali

174
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali memaklumkan dirinya dijangkiti Covid-19 buat kali kedua menerusi muat naik terkininya di Instagram.

Terpaksa Tangguh Kerja Dan Mohon Doakan Kesembuhan

Berita yang dikongsikan pelatun lagu popular Pematah Hati ini mengatakan, dirinya memohon maaf kepada mana-mana pihak yang terkesan kerana terpaksa menangguhkan kerja selama 10 hari untuk jalani kuarantin.

Dalam pada itu, Nabila juga meminta doa daripada orang ramai agar mendoakan dirinya segera sembuh dan pulih seperti sedia kala dari serangan virus tersebut.

Foto – Instagram @nabila.razali

“Assalamualakum WBT.

Dukacitanya saya ingin memaklumkan bahawa saya telah dijangkiti virus #Covid19 buat kali yang ke-2 (Ya, kali kedua). Banyak kerja terpaksa saya tangguh/batal untuk 10 hari mendatang.

Saya ingin memohon maaf kepada pihak penganjur mahupun sesiapa yang terkesan dengan berita ini. Mohon doakan kesihatan saya kembali pulih seperti sedia kala.

Covid adalah benar dan ia ada di luar sana. Jaga keselamatan. Wasalam.” Tulisnya

Rakan Artis Dan Peminat Doakan Agar Cepat Sembuh

Melihat muat naik penyanyi tersebut di media sosial, ramai rakan kenalan artis dan peminat membanjiri ruangan komen dengan menitipkan doa agar Nabila kembali sembuh seperti sedia kala.

Foto – Instagram @nabila.razali

“Semoga cepat sembuh Bella”

“InsyaAllah ok!”

“Jaga diri sayang”

“Semoga sis kuat dan cepat sihat” komen mereka

Foto – Instagram @nabila.razali

“Semoga cepat sembuh dan jaga keselamatan @nabila.razali”

“Allah. Semoga cepat sembuh dan jaga keselamatan”

“Semoga cepat sembuh! Jaga keselamatan! Jaga diri kak Bella!”

“Semoga kak Bella sayang cepat sihat. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan. Jaga diri kak Bella sayang” komen mereka lagi

Semoga Nabila Razali cepat sihat dan kembali pulih seperti sedia kala.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
"Tolong Jangan Cium Anak Saya" - Anjur Akikah, Nabila Razali Titip Pesanan Buat Tetamu Yang Hadir
covid-19nabila razali
https://lomp.at/313gw
Share70Tweet44SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem