Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

“Ajar Mereka Yang ‘Tak de Telor'”- Fizo Omar Minta Netizen Ambil Iktibar Dari Kes Saman Hannan Medispa

by Zaidin Albert
February 4, 2022
16.6k
KONGSIAN
Share on Facebook

Nampaknya kemenangan pengasas Hannan Medispa, Dr. Mohd. Hannan Mohd. Yusof dalam kes saman fitnah baru-baru ini menarik perhatian pelakon Fizo Omar. Hannan yang juga merupakan sahabat baik Fizo, memenangi kes saman fitnah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu terhadap seorang doktor yang mendakwa pusat kecantikan itu menipu pelanggan dengan cara menggunakan produk murah.

Menerusi Instagram rasmi Fizo, usahawan muda ini memuji Hannan kerana sikap beraninya menegakkan kebenaran. Fizo turut meluahkan rasa kagumnya kepada Hannan kerana mengambil keputusan untuk menyalurkan wang kemenangan saman fitnah sebanyak RM1 juta tersebut kepada anak yatim dan masjid.

“Tahniah saya ucapkan kepada sahabat dan partner saya @dr_hannanyusof bukan diatas kemenangan dan sumbangannya, tapi tahniah diatas tindakan yang berani untuk mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang menabur fitnah di sosial media terutamanya.

Tambah Fizo lagi, orang ramai harus berwaspada dalam meninggalkan komen di sosial media supaya tidak mendatangkan fitnah.

“Sekarang ni,orang macam tak kisah dah nak komen apa, cakap apa di soc med. Mengikut akta undang-undang kita berhak untuk mengambil tindakan sekiranya komen atau kenyataan di soc media boleh menjejaskan reputasi dan menjatuhkan maruah mana-mana pihak.

“Jangan ingat bila kita komen tu,orang tak tahu dan tak kenal kita, especially yang kononnya nak menyamar guna FAKE account, teknologi sekarang canggih wak, boleh je nak tahu siapa dan kat mana”- katanya lagi.

Dr. Mohd. Hannan Mohd. Yusof, Foto: IG @dr_hannanyusof

Fizo memuji sikap Hannan yang tidak mementingkan wang kemenangan saman yang diperoleh tetapi soal maruah yang diperjuangkan.

“Respect dengan tindakan @dr_hannanyusof ni, bukan soal nak menang saman dan dapat duit ke apa, lebih kepada soal maruah dan juga mengajar mereka yang pengecut ‘tak de telor’ menggunakan soc med bukannya face to face.”- tegasnya

Fizo turut menasihati orang ramai yang gemar menggunakan akaun palsu supaya berhenti dan fokus pada diri sendiri.

“Yang  mana sibuk guna fake akaun tu, sudah-sudah lah. banyak benda lagi nak buat dalam hidup ini, lebih baik fokus untuk diri sendiri supaya lebih berjaya daripada sibuk stalk orang lain dan komen-komen macam macam dengan niat yang tak baik.”- tambahnya lagi.

Dipetik dari UTUSAN online, menurut Hannan, dakwaan doktor yang juga bekas pekerjanya pada November 2019 itu tular di Facebook menyebabkan syarikat mengalami kerugian pendapatan hampir RM1 juta. Sehingga hari ini, bekas pekerja Hannan Medispa yang kalah dalam kes itu masih belum menjelaskan saman sebanyak RM1 juta tersebut.

Isteri Fizo Omar Menanti Detik Bersalin-"Mohon Doa Dari Semua..."
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
Dr. Mohd. Hannan Mohd. Yusoffizo omarHannan Medispa
https://lomp.at/v4k0p
Share6625Tweet4141SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem