Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

7 Top Selebriti Kpop Yang Wajib Menjalani Latihan Militari Pada Tahun 2022-2023

by Amirul Fikry
February 12, 2022
372
KONGSIAN
Share on Facebook

Bagi anda yang meminati selebriti Kpop atau bintang drama Korea lelaki, anda perlu bersiap sedia kerana idola anda yang lahir pada tahun 1993 – 1994 bakal menjalani latihan militari pada tahun ini sehingga tahun hadapan.  Selepas usia mereka memasuki 18 tahun, lelaki Korea yang sihat dari segi fizikal dan mental wajib menjalani latihan militari (enlistment).

Mereka sebenarnya boleh menangguhkan urusan pendaftaran sehingga usia mereka mencecah 28 tahun. Tempoh latihan yang diperlukan adalah setengah tahun dan ini bermakna mereka tidak dibenarkan untuk menjalankan sebarang aktiviti penggambaran, komersil dan sebagainya.

Atas sebab ini, peminat mereka merasakan ianya adalah seperti satu mimpi ngeri kerana idola mereka tidak akan muncul di khalayak ramai untuk temppoh masa yang agak lama.

Berikut kami senaraikan 7 idola selebriti Kpop yang wajib berkhidmat dalam latihan militari pada tahun 2022 – 2023. Siapakah mereka? Jom kita tengok!

1. Jin BTS

via Ig

Sememangnya Jin yang dilahirkan pada tahun 1992, tetapi oleh kerana BTS mendapat Order of Cultural Merit, iaitu satu penghargaan tertinggi di Korea yang diberikan secara langsung oleh Presiden Korea Selatan. Semua anggota mempunyai hak untuk memohon penangguhan perkhidmatan tentera sehingga umur mereka mencecah 30 tahun.

Ini bermakna, Jin harus menjalani latihan ini pada Disember 2022 atau setidak-tidaknya sehingga usianya mencecah 31 tahun. Namun, sehingga hari ini, masih belum ada maklumat rasmi mengenai masa yang tepat untuk Jin mendaftar.

2. Kai EXO

via Ig

Kai yang dilahirkan 14 Januari 1994, ini bermakna usianya pada tahun ini sudah memasuki 28 tahun. Tentu sahaja Kai wajib menjalani latihan militari sebelum 14 Januari tahun hadapan.

3. Song Kang

via ig

Untuk para peminat Song Kang, anda semestinya perlu bersedia dari segi mental mulai tahun ini. Ini kerana pelakon yang namanya semakin melonjak naik ini akan memasuki usia 28 tahun pada 23 April 1994.  Ini bermakna sebelum tarikh itu pada tahun 2023, dia pasti sudah menyertai latihan ketenteraan.

Kenapa Ramai Sangat Orang Malaysia Pilih Korea Selatan Untuk Melancong?

Song Kang dikhabarkan akan kembali muncul dalam Sweet Home musim ke-2. Jika ini benar, maka dia berkemungkinan besar akan disenaraikan memasuki tentera pada masa injury time.

4. Nam Joo-Hyuk

via Ig

Bintang drama Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo (2016) dan Start-Up (2020) ini dilahirkan 22 Februari 1994. Sehingga hari ini Nam Joo-Hyuk dikhabarkan belum membintangi sebarang drama baru, jadi dia berkemungkinan akan mendaftar untuk perkhidmatan ketenteraan dalam masa yang terdekat ini.

5. Ravi VIXX

via Ig

Idola Kpop sekaligus adalah pemilik syarikat perusahaan dan rakaman ini dilahirkan pada 15 Februari 1993 dan usianya akan mencecah 29 tahun pada tahun ini. Ini bermakna beliau tidak boleh lagi melengahkan urusan pendaftaran ketenteraannya sama sekali. Ravi juga dikhabarkan akan menyertai perkhidmatan tentera pada Jun tahun ini.

6. Mino Winner 

via Ig

Sama sepetti Ravi, Mino yang dilahirkan pada 30 Mac 1993 bakal menyambut hari lahirnya yang ke-29 tidak lama lagi. Jadi, dia juga tidak boleh lagi menangguhkan pendaftarannya sehingga umurnya melebihi 29 tahun.

7. P.O Blok B

via Pinterest

Yang terakhir adalah penyanyi rap P.O yang dilahirkan pada 2 fenruaru 1993 dan kini usianya telah memasuki 29 tahun. Sama seperti Ravi dan Mino, mereka perlu segera bersiap sedia untuk menyertai latihan militari pada tahun ini. Dia dikatakan pernah memohon penangguhan perkhidmatan tenteranya pada Oktober tahun lalu dan hanya dibenarkan menangguhkannya sehingga akhir 2021. Ini bermakna dia mesti menyertai tentera pada 2022.

Itulah antara 7 selebriti Kpop lelaki yang bakal menajlani latihan militari pada tahun ini dan juga tahun hadapan. Yang mana satu adalah idola anda?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
IdolakpopmilitariSelebriti
https://lomp.at/tdyhu
Share149Tweet93SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Ada Hikmah Abah Sakit, Akhirnya Anak-Anak Bantu Berniaga” – Aliff Syukri Bersyukur Anak Banyak Membantu

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem