‘Kehilangan’ penyanyi Megat Rahim,20 pada konsert pengenalan Big Stage 2022 pada malam Ahad lalu menjadi tanda tanya peminat setelah kelibatnya tidak kelihatan sehingga penghujung konsert.
Megat Positif COVID-19
Malah, ada yang membuat spekulasi bahawa tempat Megat sebagai peserta prgoram realiti itu telah digantikan dengan usahawan sensasi, Iqbal Zulkelfi yang diumumkan sebagai peserta yang ke-12 Big Stage 2022. Bagaimanapun, ia hanya telahan semata-mata kerana pelantun Sudahlah itu sebenarnya telah disahkan positif COVID-19.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh Megat menerusi sebuah hantaran di Instagram selain menegaskan ketiadaannya dalam program itu pada minggu lalu tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Iqbal.
“Assalamualaikum sahabat megat semua! just want to say that i truly am sorry for not showing up untuk bigstage minggu pertama. i got tested positive for covid alhamdulillah im getting better day by day. kita jumpa next week insyallah. BTW GUYS MEGAT TAKDA KENA MENGENA DENGAN IQBAL!” tulis Megat
Bakal Kembali Minggu Kedua
https://www.instagram.com/p/CZpFkRcJZIl/
Difahamkan, Megat telah habis menjalani kuarantin di rumah dan kembali bersama-sama 11 rakan peserta yang lain bagi sesi latihan pada Isnin. Pada minggu kedua Big Stage 2022, Megat akan membawakan lagu EVO nyanyian asal Joe Flizzow dan SonaOne.
Selain Megat, Big Stage 2022 dibaris 11 penyanyi bakat baharu dan semakin dikenali terdiri daripada Aisha Retno, Elica Paujin, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Yazmin Aziz, Sofiaa Marieylla, Megat Rahim, Ajoi Zainal Danial Chuer dan Iqbal Zulkefli. Manakala, dua lagi peserta memperlihatkan wakil dari Brunei, Syafiq Abdilah serta Tegar Septian dari Indonesia.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.