Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

[HANDS-ON] Huawei P50 Pro: Dwi-Bonggol Kamera Agak Besar?

by Phic ARMAN
February 8, 2022
Share on Facebook

Huawei P50 Pro dilancarkan secara rasmi di Malaysia baru-baru ini.  Sebenarnya, peranti itu tiba lebih awal namun kini kami baru sahaja berkesempatan menggunakannya. Jadi ini antara pandangan pertama kami mengenainya.

Pertama sekali, jom kita bercakap tentang reka bentuk kerana itulah yang anda akan perhatikan terlebih dahulu.

Bagi kami, Huawei P50 Pro ialah telefon pintar yang cantik, dan bukan semata-mata kerana rupa sahaja. Telefon pintar ini diperbuat daripada logam dan kaca dan menjadikannya nampak lebih istimewa.

Huawei memastikan telefon ini senang dipegang kerana ia tidak terlalu besar. Peranti ini dengan kelebaran 72.8mm lebar dan  tinggi di bawah 160mm (158.8mm), dan tebal 8.5mm.  Pengalaman kami yang pernah mengendalikan beberapa telefon pintar yang benar-benar besar, nampaknya telefon pintar ini tidak begitu membebankan. Kami suka dengan rekaan ergonomiknya menjadikan  peranti ini sangat bagus untuk dipegang dan digunakan.

Tetapi sedikit kekurangan di sini, di mana ia agak licin, sesuatu yang boleh dijangka daripada telefon diperbuat dari logam dan kaca. Tak mengapa, anda boleh mendapatkan sarung silikon, untuk mengatasi masalah ini.

Peranti ini mempunyai bezel yang sangat nipis, dan paparannya melengkung, begitu ketara sekali. Selain itu, penolakan sentuhan adalah baik, manakala bahagian belakang telefon kelihatan unik. Kedua-dua bulatan kamera itu memang menonjol dan ternyata luar biasa. Secara keseluruhannya, reka bentuk telefon ini sangat bagus.

Kamera Yang Begitu Menonjol

Semasa pelancaran yang berlangsung pada awal tahun ini, penerangan mengenai kamera Huawei P50 Pro memang kelihatan sangat menarik. Keutamaan Huawei biasanya ditekan pada teknologi kameranya.  Dan ternyata beberapa foto yang saya ambil dengan menggunakan peranti ini terbukti memang ‘gempak’ sama seperti yang mereka war war kan. Seperti model sebelumnya, sistem kamera yang padu dengan bantuan Leica dikekalkan dengan rekaan bonggol kameranya pula unik jika dibandingkan dengan peranti lain di pasaran.

Ini Sebab Kenapa Apple Kecundang Di China, Huawei Pula Bangkit Jadi No.1

Dwi-bonggol kamera yang digunakan adalah agak besar sehingga peranti tidak boleh diletakkan rata di permukaan meja.

Kami tidak melampirkan sebarang foto yang diambil dari kamera di sini, kerana saya akan paparkan kesemuanya  untuk artikel ‘review’. Apa yang boleh saya katakan ialah gambar-gambar dari kamera Huawei P50 Pro adalah hebat, sesuai untuk cahaya biasa dan rendah. Sistem kuad kamera digunakan dengan lensa sudut lebar 50MP, lensa telefoto 64MP, lensa monokrom 40MP dan lensa sudut ultra lebar 13MP.

Hayat bateri juga kelihatan begitu baik di sini. Baterinya berkapasiti 4,360mAh dan menyokong pengecasan pantas Huawei SuperCharge 66W dan pengecasan Wireless Huawei SuperCharge 55W.

Telefon ini diperakui IP68 untuk rintangan air dan habuk, sementara ia dilengkapi dengan pengimbas cap jari yang benar-benar boleh dipercayai. Ia termasuk pengimbas cap jari pada skrin, daripada pelbagai optik.

Sistem Trade-Up

Huawei juga menawarkan sistem Trade-Up. Melaluinya pengguna boleh dapatkan rebat untuk pembelian Huawei P50 Pro, Huawei P50 Pocket dan Huawei Watch GT 4 atau Huawei Watch GT Runner. Caranya ialah:

  • Tukar beli sebarang peranti elektronik yang berfungsi dan dapatkan rebat tambahan segara sebanyak RM300 untuk pembelian HUAWEI P50 Pro, atau
  • Tukar beli sebarang peranti elektronik yang berfungsi dan dapatkan rebat tambahan segara sebanyak RM500 untuk pembelian HUAWEI P50 Pocket, atau
  • Tukar beli sebarang peranti elektronik yang berfungsi dan dapatkan rebat tambahan segera sebanyak RM80 untuk pembelian HUAWEI WATCH GT 3 atau HUAWEI WATCH GT Runner.

Harga untuk Huawei P50 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) ialah RM4,199. Huawei P50 Pro mula dijual pada 22 Februari 2022. Anda boleh lakukan tempahan awal menerusi laman rasmi Huawei, Huawei Experience Stores, Shopee, Lazada dan Senheng.

Akhirnya Kembali! HUAWEI Mate 80 Pro Buat Comeback Dengan 3 Ciri ‘Power’ Ini
YouTube video
huaweiHuawei P50 pro
https://lomp.at/so6kt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Dyson
Teknologi

Kipas Mudah Alih Pertama Dyson, HushJet™ Jamin Kesejukan Sehingga 6 Jam!

by Nurul A.
April 11, 2026

Dyson hari ini melancarkan kipas mudah alih pertamanya iaitu Kipas Mini Sejuk HushJet™. Direka bentuk untuk kegunaan harian, kipas pelbagai...

Read moreDetails
LifeXplore

[VIDEO] Galaxy S26 Hadir Dengan Nada Dering Terbaharu, Dirakam Orkestra Terkenal Dunia

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Nampaknya Samsung sekali lagi tampil dengan sesuatu yang lain daripada biasa. Kali ini, menerusi siri Samsung Galaxy S26, mereka memperkenalkan...

Read moreDetails
LifeXplore

Galaxy A57 5G dan A37 5G Kini di Malaysia! Selain Harga, Teknologi Nightography Jadi Fokus

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Baru-baru ini, MURAI berpeluang hadir ke event eksklusif Samsung di The Campus untuk menyaksikan sendiri pelancaran dua model terbaru Galaxy...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Gas Naik Harga? Ini Harga Terkini Gas Bagi Tahun 2026

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    Harga Barang ‘Lock’ Sempena Tahun Baharu Cina Bermula 13 Februari, Ini Yang Orang Ramai Perlu Tahu

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Sibuk Gigit Dubai Chew Cookie, Tapi Lain Pula Netizen Nampak- “Tercabut Giginya”

  5. 5

    [VIDEO] “Tidak Ditelan Usia”- Camelia Nyanyi Lagu Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim, Suami Pun Sporting Sekali!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara