Bekas pengasuh anak penyanyi popular, Dato Sri Siti Nurhaliza, Nurhidayah Zubit atau lebih dikenali sebagai Dayah telah selamat melahirkan anak sulungnya pada Isnin.
Bersalin Di Terengganu
Berita gembira itu dikongsi Dayah menerusi sebuah hantaran di Instagram memberitahu dirinya selamat bersalin pada jam 2.41 pagi di sebuah hospital swasta di Terengganu.
Dalam hantaran itu, Dayah memuatnaik foto bersama suaminya disisi yang juga pemain pasukan bola sepak Terengganu FC II (TFC II), Ridzuan Razali. Menitipkan rasa syukur atas kurniaan tersebut, Dayah turut berkesempatan mengucapkan terima kasih buat suaminya. Bagaimanapun, wajah dan jantina bayi mereka masih belum didedahkan pasangan itu.
“Alhamdulillah, syukur ya Allah atas amanah & rezeki yg kau kurniakan. Semoga kami dapat menjaga amanatMu ini dengan baik Inshaa Allah. Terima kasih ya Allah kerana permudahkan urusan kelahiran malaikat kecil kami pada harini tepat jam 2.41 pagi tadi.
“Terima kasih my love @are9ridzuan for everything and sentiasa buat yang terbaik untuk sayang!Lepasni kita sama-sama buat yang terbaik untuk anak kita pulak yaa. Semoga Allah swt sentiasa berkati segala yang abang lakukan” tulis Dayah
https://www.instagram.com/p/CZrWxLuptwj/
Terdahulu, Dayah mengejutkan ramai pengikut dan kenalannya setelah terjatuh daripada motorsikal ketika sedang sarat mengandung. Kesan kemalangan tersebut, Dayah mengalami kecederaan di bahagian kepala, siku, tangan, lutut dan juga kaki. Bagaimanapun, keadaan Dayah dan kandungannya ketika itu berada dalam keadaan baik. Untuk rekod, Dayah dan Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan pada 5 Januari 2021.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.