Saturday, June 3, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Bollywood

Ini Rahsia 6 Selebriti Bollywood Yang Sentiasa Kelihatan Menawan

by Jash Lee
February 12, 2022
89
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sahaja yang tidak terpesona dengan kecantikan para selebriti Bollywood bukan? Dengan mata yang menawan, rambul ikal mayang selembut sutera dan rupa paras yang cantik. Mereka sering memukau peminat mereka baik lelaki mahu pun perempuan.

Sebut sahaja nama seperti Kajol, Aishwarya Rai pasti sahaja peminat terus teringat akan kecantikan mereka yang sentiasa membuatkan peminat terpukau malah mereka juga bukan sahaja cantik tetapi juga sangat berbakat. Sememangnya sebagai seorang selebriti, mereka harus sentiasa menjaga penampilan mereka dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Ada yang memilih untuk mengekalkan rahsia kecantikan mereka dengan menggunakan produk-produk semulajadi dan ada juga sebahagian dari mereka hanya mengamalkan cara pemakanan seharian mereka.

Apakah rahsia kecantikan mereka yang kami maksudkan? Jom kita tengok!

1. Aishwarya Rai

via Ig

Miss World 1994 ini, Aishwarya Rai Bachchan sangat popular sebagai seorang selebriti Bollywood yang sentiasa memikat hati peminatnya sehingga ke hari ini. Walaupun usianya sudah mencecah 46 tahun, dia masih mampu memukau setiap mata yang memandangnya dengan kecantikan dan keanggunan yang dimilikinya.

Menurut Times of India, bintang Mohabbatein ini mempunyai banyak rahsia kecantikan. Antaranya dengan mengambil air putih yang mencukupi dan tidak lupa untuk menggunakan pelembap bagi mengekalkan kelembapan kulit. Seterusnya, bergantung kepada rawatan bahan semulajadi yang digunakannya bagi mengekalkan kecantikannya.

Selain itu, dia juga turut menjaga kecantikannya dengan menjaga pengambilan pemakanannya setiap hari. Dia merasakan makanan yang sihat adalah faktor utama bagi menjaga kulit dan rambut yang sihat dan cantik.

2. Deepika Padukone

via Ig

Menurut Vogue India, pelakon Deepika Padukone Singh mempunyai beberapa cara bagi mengekalkan kecantikannya. Antaranya adalah dengan meminum air yang mencukupi dan menggunakan produk penjagaan kulit mengikut keperluan sahaja. Selain itu, dia juga sentiasa memastikan kulitnya dibersihkan dengan sempurna sebelum tidur.

“Saya sangat mementingkan ritual membersihkan solekan dan menjaga kulit saya bersih sebelum tidur. Tidak kira betapa penat atau sesibuk mana saya pada hari itu,” katanya.

3. Priyanka Chopra

via Ig

Isteri kepada Nick Jonas, Priyanka Chopra sentiasa menjaga kecantikannya dengan melakukan rutin penjagaan kulit wajah dan rambutnya dengan baik. Dia sentiasa menggunakan sunscreen dan moisturizer  bagi merawat kulitnya. Dia juga melakukan langkah asas penjagaan kulit seperti pembersihan, toning dan pelembap).

“Saya komited untuk melakukan ritual penjagaan kulit yang baik kerana saya kerap memakai solekan setiap hari dan kulit saya sentiasa terdedah kepada cahaya yang terang. Selain itu, saya juga ingin melakukan rawatan kerana pelbagai nasihat kecantikan yang diberikan oleh ibu saya.” kata Priyanka.

4. Anushka Sharma

via Ig

Anushka Sharma juga sentiasa memastikan kecantikannya terjaga dari luar dan dalam. Tidak hanya bergantung kepada produk penjagaan kulit, dia juga cuba mengekalkan kecantikannya dengan bersenam dan menjaga pemakanan hariannya. Bagi Anushka, senama bukan sahaja dapat memberi kesan yang positif kepada kesihatannya, tetapi juga kepada kecantikan rambut dan kulitnya.

“Saya cuba melakukan perkara yang mudah tetapi berkesan untuk menjadikan kulit saya kelihatan sihat dan sempurna. Saya minum banyak air dan saya percaya bahawa kita harus makan dengan cara yang betul. Anda adalah apa yang anda makan!” kata Anushka

5. Kajol Devgan

via Ig

Sama seperti selebriti lain, Kajol juga mengekalkan kecantikannya dengan melakukan penjagaan secara berkala. Khususnya dia sentiasa melakukan penjagaan seperti pembersih, toning dan pelembap.

Kemudian bagi menjaga kulitnya juga, Kajol akan menggunakan pembersih yang lembut yang tidak membuatkan kulitnya menjadi kering diikuti dengan toner dan pelembap yang tahan lama. Selain itu, bintang ini juga tidak lupa untuk mengambil air yang mencukupi setiap hari dan menggunakan pelindung matahari agar kulitnya lebih terpelihara.

6. Sonam Kapoor

via Ig

Sonam Kapoor merupakan salah seorang selebriti Bollywood yang tersenarai dalam 100 selebriti terbaik mengikut Forbes India sepanjang tahun 2012 sehingga 2016. Dia yang mempunyai cara yang tersendiri bagi mengekalkan kecantikannya. Menurut Stylecraze, untuk menjaga rambutnya, Sonam akan menggunakan minyak yang diperbuat daripada minyak badam manis, minyak kelapa, serta tumbuhan shikakai sebanyak 2 kali sebulan.

Rawatan ini kemudiannya diikuti dengan mask yang akan melembapkan lagi dan menghaluskan rambutnya. Sementara itu, untuk penjagaan kulit wajah, Sonam Kapoor memilih untuk menggunakan pelindung matahari setiap kali keluar melancong dan mengelakkan produk penjgaan kulit yang mengandungi banyak minyak atau bahan kimia.

Untuk melembapkan wajahnya, dia akan menggunakan bahan semulajadi seperti susu untuk astringen dan mask yang diperbuat daripada curd. Dia juga menjaga kulitnya dengan meminum air kelapa setiap 2-3 jam. Menurutnya, air kelapa bukan sahaja dapat menghilangkan dahaga tapi dapat mengekalkan kesihatan kulit.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER AishwaryaRaibollywooddeepikapadukonekecantikan
Share36Tweet22SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

via Instagram Preity Zinta
Bollywood

Preity Zinta Kenang Filem Jhoom Barabar Jhoom Tak Sangka 15 Tahun Berlalu

by Puteri Alia
June 17, 2022
Bollywood

Antara 7 Selebriti Bollywood Ini Menjadi Ibu Pada Usia Yang Muda, Ada Yang Baru Berusia 17 Tahun

by Jash Lee
January 8, 2022
Foto - Bollywood Life/Pinterest
Bollywood

Sebelum Jadi Pelakon, 5 Artis Bollywood Ini Pernah Kerja Macam Orang Biasa Juga!

by Puteri Alia
October 30, 2021
Bollywood

6 Nama Panggilan Selebriti Bollywood Ini Sangat Unik

by Jash Lee
October 23, 2021

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Orang Ingat Dapat Baby Best?”-Perit Berjuang Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Akui Sering Kejut Suami Sambil Menangis

  2. 2

    Tampil Tidak Lagi Bertudung, Pesanan Terbuka Lufya Buat Nadia Annuar Raih Perhatian Dari Netizen

  3. 3

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  4. 4

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  5. 5

    Penampilan Aina Abdul Di Big Stage ‘Disindir’ Diva AA?-“Model Paling Hodoh….”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan