Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Fouziah Gous Redha Ikan Koi Kesayangan Mati, Tidak Salahkan Pekerja Penyelenggaraan

Usahawan selebriti ini redha dengan apa yang berlaku

by Puteri Alia
February 10, 2022
Foto - Instagram @fouziahgous

Foto - Instagram @fouziahgous

491
KONGSIAN
Share on Facebook

Perkongsian selebriti dan usahawan produk berasaskan air sarang burung,Datin Fouziah Gous di laman Instagram menarik perhatian pengikutnya.

Redha 7 Ikan Koi Kesayangan Mati

Dalam muat naik tersebut,Fouziah dengan rasa sedih menjelaskan ketujuh-tujuh ikan koi kesayangannya telah mati dan antara ikan tersebut merupakan hadiah hari lahir untuk anak-anaknya.

Menurut pelakon jelita ini, kejadian berlaku kerana pekerja penyelenggara terlupa menutup injap belakang lalu menyebabkan air kolam menjadi surut serta air yang mengandungi klorin telah masuk ke dalamnya.

Meski sedih, Fouziah redha atas apa yang berlaku dan tidak menyalahkan pekerja tersebut kerana yakin ia berlaku secara tidak sengaja.

Foto – Instagram @fouziahgous

“Innalillahiwainnailaihirojiun.

Ramai yang tak habis-habis DM tanya kenapa. Kecuaian kecil yang dilakukan oleh pekerja kami yang biasa selenggara, sebab terlupa tutup balik injap belakang. #koi #koifish

Jadi, air dirawat surut keluar dan air klorin masuk sehingga 7 nyawa melayang. Saya sangat pasti dia pun tak sengaja.

Antara yang pergi adalah hadiah hari lahir anak-anak. Semoga tabah anak-anak ku… Terima kasih ‘cow fish’ semoga kita jumpa di akhirat nanti.” Tulisnya

Peminat Kongsi Pernah Lalui Pengalaman Yang Sama

Melihat perkongsian tersebut, ramai pengikut membanjiri ruangan komen dengan berkongsi pernah melalui pengalaman yang sama dan dikesempatan itu mereka turut berharap agar Fouziah akan terus kuat  dan tabah.

Foto – Instagram @fouziahgous

“Memang sedih.. Pernah melaluinya… 13 ekor koi saya mati mengejut.. Tak pasti punca.. Tiba-tiba terapung.. Jadi saya rasa apa anda rasa..”

“Ikan guppy saya mati pun sedih, apatah lagi ikan koi.. Asal melibatkan nyawa, boleh patah hati”

“Sayangnya”

“Sedihnya”

“InsyaAllah.. ALLAH akan bagi dan ganti dengan perkara yang lebih baik. La Tahzan, kak…” Komen mereka

fouziah gousikan koi
https://lomp.at/1qfi4
Share196Tweet123SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem