Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Baru Tahu! Syafiq Abdillah Rupa-Rupanya Anak Saudara Liza & Azlina Aziz

Menurut Syafiq, ibunya merupakan sepupu kepada penyanyi adik-beradik itu

by Khai Azfar
February 11, 2022
852
KONGSIAN
Share on Facebook

Satu-satunya peserta Big Stage 2022 dari Brunei, Syafiq Abdillah mendedahkan bahawa dia mempunyai pertalian saudara dengan penyanyi terkenal era 90-an, Liza dan Azlina Aziz.

Ibu Sepupu Kepada Liza & Azlina Aziz 

Menurut Syafiq, ibunya merupakan sepupu kepada  penyanyi adik-beradik  itu dan penyertaannya di dalam program Big Stage 2022 turut diketahui mereka yang teruja mengenainya.

“Allahyarham Seniman Aziz Jaafar dan Seniwati Normadiah merupakan bapa serta ibu saudara kepada ibu saya. Jadi Liza dan Azlina Aziz secara tidak langsung juga merupakan ibu saudara saya.

“Mereka sangat teruja dan memberikan galakan kepada saya tetapi saya belum berkesempatan untuk bertemu. Saya berharap akan dapat jemput mereka menyaksikan persembahan saya pada minggu akan datang” kata Syafiq kepada Murai.my

Syafiq Gemuruh

Mengulas persembahannya pada konsert pengenalan yang mendapat markah kurang memuaskan, Syafiq akui akan kesilapannya kerana berasa terlalu gemuruh untuk membuat persembahan. Lantaran itu, dia akan perbaiki kelemahannya dan beraksi cemerlang pada konsert minggu hadapan.

“Saya rasa saya boleh lakukan dengan lebih bagus sebab saya terlalu gemuruh dan ini adalah kali pertama saya beraksi di dalam program yang besar. Saya perlu lihat kembali persembahan dan perbaiki kelemahan yang ada.” katanya lagi

Dalam perkembangan lain, Syafiq turut terharu dengan keterbukaan rakan-rakan peserta yang lain sepanjang berada di Malaysia. Dedah Syafiq, kesemua mereka begitu baik dengannya dan sedia menghulurkan bantuan.

“Semua orang begitu baik dan mengalu-alukan kedatangan saya. Saya terharu dengan keramahan mereka” kongsi Syafiq

Syafiq ditemui Murai.my ketika di sidang media konsert Big Stage 2022 pada malam Ahad di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Selain Syafiq, program realiti ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) itu turut disertai 11 peserta lain terdiri daripada Aisha Retno, Alica Paujin, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Yazmin Azi, Sofia Marieylla, Ajoi Zainal Chuer, Tegar Septian,Iqbal Zulkefli dan Megat Rahim.

Putera Yang Dirindukan, Azrinaz Akui Sudah Lama Tak Bersua Dengan Anakanda Sultan Brunei
azlina azizliza azizSyafiq abdillah
https://lomp.at/eqh6d
Share341Tweet213SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem