Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Filem

Erra Fazira Kongsi Pengalaman Berlakon Filem Seram

Erra akui wataknya di dalam Rumah begitu dekat dengan pengalaman hidup.

by Khai Azfar
February 15, 2022
149
KONGSIAN
Share on Facebook

Nama Erra Fazira terus menjadi pilihan ramai pengarah dan produksi untuk terbabit dalam naskhah mereka.

Watak Erra Dalam ‘Rumah’ Dekat Dengan Pengalaman Hidup

Terbaru, primadona filem Melayu ini telah diberi mandat membawa watak utama dalam filem seram berjudul Rumah. Menurut Erra, pengalamannya sebagai seorang ibu tunggal kepada seorang anak perempuan membuatkannya bersetuju untuk menerima tawaran beraksi dalam filem tersebut. Malah, Erra akui wataknya di dalam Rumah begitu dekat dengan pengalaman hidup.

“Saya tertarik dengan apa yang mendiang beritahu dan gambarkan sementelah saya juga seorang ibu tunggal kepada seorang anak perempuan.

“Jadi sedikit sebanyak saya ada pengalaman yang berkait dengan jalan cerita filem ini,” kata Erra kepada Murai.my

Anggap Puteri Balqis Seperti Anak

Kongsi Erra lagi, dia tidak berdepan dengan sebarang masalah ketika bergandingan dengan Puteri Balqis kerana menganggap pelakon berkenaan seperti anaknya. Untuk rekod, ini bukan kali pertama kedua-dua figura ini digandingkan bersama.

“Sebagai pelakon kita berikan yang terbaik dan hasilnya ialah secara berpasukan. Saya puji muzik filem ini menarik.

“Mendiang pengarahnya juga seorang yang sangat berani memberi peluang kepada bakat baharu dalam filem arahan ya dan bagi saya ia satu hal yang positif,” katanya.

Mengenai penerimaan penonton terhadap filem lakonannya itu, Erra menyerahkan kepada mereka untuk menilai.

“Saya sangat positif apabila menerima tawaran dan bila hasilnya siap adalah sesuatu yang di luar kawalan,” katanya lagi

Filem Rumah arahan mendiang Kay bakal menemui penonton pada 24 Februari ini dan difahamkan sepanjang penggambaran produksi turut mengalami pelbagai kejadian mistik dan aneh. Rumah mengisahkan mengenai ibu tunggal dan anak perempuannya yang berdepan dengan pelbagai kejadian menakutkan setelah mendiami rumah baru mereka.

"Masih Solo!" – Erra Fazira Nafi Kahwin Senyap, Tapi Netizen Tetap Yakin Ada Sesuatu Disorok?
erra faziraFilem rumah
https://lomp.at/6iof7
Share60Tweet37SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem