Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Uncategorized

Boy William Takut Dan Kurang Percaya Bila Berbicara Soal Perkahwinan

by Amirul Fikry
February 19, 2022
30
KONGSIAN
Share on Facebook

William Hantarto atau lebih dikenali sebagai Boy William dilahirkan pada 17 Oktober 1991 merupakan seorang pelakon, rapper, penyanyi dan personaliti TV. Boy William yang berbicara tentang topik perkahwinan semasa sesi bersama dengan Maia Estianty mengakui bahawa dia takut dan tidak percaya dengan perkahwinan.

Perasaan itu mulai timbul kerana Boy William tidak mahu melakukan kesilapan yang sama seperti apa yang terjadi kepada kedua ibu bapanya, Hartono Hantarto dan Yulianty Lazuardi. Boy berkata ibu bapanya telah gagal dalam membina rumah tangga yang kekal bahagia.

“Perkahwinan adalah perkara yang besar. Saya dilahirkan dalam keluarga yang bercerai berai. (ibu bapa). saya tidak mahu perkara yang sama terjadi pada saya,” kata Boy seperti yang dipetik dari saluran youtube Maia AIEIDul TV.

via ig

Boy William sudah pun mengikat tali pertunangan dengan Karen Vendela. Malah mereka juga telah merancang untuk berkahwin. Namun, perkahwinan Boy dan Karen telah beberapa kali terpaksa dibatalkan akibat dari pandemik COVID-19.

Lelaki yang berusia 30 tahun ini berkata, dia telah mengalami banyak dugaan semasa membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya dengan Karen.

“Ia sampai ke sini seperti Tuhan mengasihi kita, seperti, “Fikirkan dahulu.” Perkahwinan banyak ujiannya,” kata Boy.

via Ig

Boy William Takut Untuk Mendirikan Rumah Tangga

Boy juga ada mendedahkan bahawa dia takut untuk memasuki fasa perkahwinan. “Saya kadang-kadang berasa cemas, adakah ini kehidupan yang perlu saya tempuhi, peringkat seterusnya dalam perkahwinan dan ia sesuatu yang menakutkan,” katanya.

Selepas itu, Maia bertanya sama ada Boy percaya pada perkahwinan. Boy mendedahkan bahawa dia sebenarnya tidak percaya. “Sejujurnya tidak. Saya pernah berkata pada pasangan saya, untuk apa kamu berkahwin sebenarnya? Perkahwinan ini sebenarnya adalah umpama kita mengunci antara satu sama lain hanya di atas kertas, lagipun kita boleh bercerai bila-bila masa sahaja. Pasangan tanpa kertas pun boleh kekal lebih lama.” kata Boy lagi.

YouTube video

Boy juga ada mendedahkan bahawa orang di luar negara boleh berpasangan  dan mempunyai anak tanpa perlu berkahwin. “ Kami tahu bahawa ini adalah budaya yang berbeza. Saya sedar diri, saya orang Indonesia, berkerjaya di Indonesia dan sebagai public figure, kalau saya hidup seperti orang di luar negara, ia akan memberi contoh yang salah kepada budaya kita,” katanya.

Walaupun begitu, Boy mengakui bahawa dia sangat mencintai tunangnya, Karen. Jika dia terpaksa berkahwin, pastinya dia akan berkahwin dengan Karen. “Tetapi buat masa ini kita kena fikir dulu supaya kita tidak tersilap langkah, lebih baik mencegah daripada membenarkan ianya berlaku,” kata Boy.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
boywilliam
https://lomp.at/lv5hh
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem