Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Aaron Aziz Perlu Jalani Pembedahan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa Kesembuhan

Namun, dia terpaksa menolak untuk berbuat demikian disebabkan kesibukan kerja

by Naddy Joe
February 17, 2022
Share on Facebook

Pelakon popular, Dato Aaron Aziz berkongsi keadaan kesihatan terkini yang memerlukannya menjalani pembedahan berikutan menghidap penyakit radang tulang leher atau juga dikenali sebagai cervical spondylosis.

Perlu Jalani Pembedahan 

Berita itu dikongsi sendiri oleh Aaron di Instagram yang memberitahu perlu menjalani pembedahan dan harus mengambil cuti sakit selama 2 bulan. Namun, dia terpaksa menolak untuk berbuat demikian disebabkan kesibukan kerja.

“90 minit dalam benda ni. Doktor kata saya perlu pembedahan dan perlu mengambil cuti sakit selama 2 bulan. Tapi tak boleh sebab banyak ongoing projects sekarang ni.”-dedah Aaron

“Bekerja Dalam Kesakitan”

Tambahnya lagi, buat ketika ini dia hanya menggunakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit dan akui bekerja dalam keadaan tersebut.

“Jadi buat masa sekarang saya hanya menggunakan ubat untuk menghilangkan rasa sakit. Bekerja dalam kesakitan. Hanya Allah tahu apa saya rasa.

Korang tengok abang senyum sana ketawa sini tapi korang tak nampak bila hati abang menangis kesakitan. Doktor kata tumor semakin besar”- katanya lagi

View this post on Instagram

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa Kesembuhan

Ruangan komen di posting yang dimuatnaik oleh Aaron  itu turut disusuli dengan komen rakan selebriti dan peminat yang mendoakan agar aktor ini diberikan kesembuhan dengan segera.

Sekadar info, radang tulang leher atau nama saintifiknya cervival sponcylosis adalah keadaan yang biasa degeneratif (proses penuaan tulang) yang menjejaskan tulang belakang serviks (tengkuk).

Dalam kebanyakan kes, cervical spondylosis berlaku apabila cakera intervertebral menjadi nipis dengan usia atau kesan kecederaan seperti kemalangan beberapa tahun sebelumnya.

Error happened.
"Anda Jawab di Akhirat": Video Temu Bual Disalah Tafsir? Aaron Aziz Tampil Bersuara
aaron aziz
https://lomp.at/r5tef
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    “Dah Banyak Kes Orang Sakit Mental”- Rakyat Mula Resah, Kuota BUDI95 Didakwa Punca Kesihatan Terjejas

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara