Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Floor 88 Adakan Konsert 27 Mac Depan, Janjikan Kelainan Buat Peminat

Harga tiket merangkumi jamuan makan serta barangan eksklusif Floor 88 yang akan  dijual bermula 1 Mac 2022. 

by Khai Azfar
February 18, 2022
Share on Facebook

Band popular, Floor 88 menyifatkan konsert anjuran mereka pada 27 Mac depan sebagai hadiah buat peminat.

Titik Permulaan Floor 88 

Dinamakan sebagai Eighty8 Infinity Concert, Floor 88 berkata konsert tersebut bakal menjadi titik permulaan yang besar dan baharu buat mereka. Bakal mempersembahkan 13 buah lagu termasuk lagu hits, dedah kumpulan ini semua lagu tersebut bakal diberi susunan baru sekaligus peminat akan mendengar versi itu buat pertama kali.

” Objektif utama kami sebenarnya konsert ini sebagai titik permulaan untuk buat sesuatu yang lebih besar pada masa akan datang. Selain itu, ia juga merupakan penghargaan kepada para peminat di mana kesemua lagu yang kami bakal bawakan akan diberi susunan yang baru” kata Floor 88 kepada Murai.my

Raikan Apak Dan Kizo 

Selain itu, konsert Floor 88 yang akan diadakan di Grand Barakah Hotel Ampang(dahulunya dikenali sebagai De Palma Hotel) berbesar hati meraikan Apak Khalifah dan Kizo sebagai tetamu istimewa mereka . Jelas Floor 88 yang dianggota Achoi, Akram, Amir, Ayie Elham, Eric Fuzi dan Falique, penyanyi dan komposer itu telah banyak membantu menaikkan nama dan lagu mereka sepanjang bertapak di dalam industri.

“Kami akan menjemput Apak sebagai tetamu khas kami kerana ingin menghargai Apak yang banyak membantu kami selama ini. Bukan tidak menjemput selebriti lain tetapi kami ingin ketengahkan bahawa Apak adalah idola kami” kata mereka

Dalam konsert itu juga, kumpulan yang kini terkenal dengan single 24434 ini turut menjemput kumpulan Caramelt sebagai artis undangan mereka dan akan membuat persembahan pembukaan kelak.Difahamkan, kumpulan penyanyi wanita itu merupakan anak didik mereka dan konsert tersebut bakal menjadi pengenalan buat mereka untuk beraksi di khalayak ramai.

Topik Berkaitan Terpaksa 'Ikat Perut', Eric Fuzi Belum Terima Bayaran Hutang Sebanyak RM51K- "Minggu Ni Auto Diet"

Floor 88 ditemui Murai.my di sidang media Eighty8 Infinity Concert di Grand Barakah Hotel Ampang pada petang Khamis.

Untuk info, tiket konsert bakal dijual dengan harga bermula RM60 hingga RM300 mengikut zon. Harga tiket tersebut juga merangkumi jamuan makan serta barangan eksklusif Floor 88 yang akan  dijual bermula 1 Mac 2022.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Floor 88
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara