Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Zulin Aziz Akui Tak Pernah Putus Asa Cari Pasangan Hidup Meski Pernah Ditipu Berkali-Kali

Pelakon jelita serba boleh ini kini sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini

by Puteri Alia
February 21, 2022
Foto - Instagram @zulinaziz

Foto - Instagram @zulinaziz

75
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan pengacara jelita dan serba boleh, Zulin Aziz kini sah bergelar isteri kepada Farhan Norzaini dengan sekali lafaz dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 20 Februari 2022 semalam.

Tak Pernah Putus Asa Dan Bersangka Baik Pada Allah

Jalan cerita setiap insan dalam soal jodoh tidak pernah sama, begitu juga dengan nasib wanita jelita ini yang pernah kecundang dalam percintaan.

Dalam muat naik Zulin di Instagram nya, pelakon ini berkongsi dirinya pernah ditipu dan disakiti berkali-kali sebelum bertemu dengan suaminya. Meski melalui pengalaman yang pahit dalam soal jodoh, namun Zulin tetap bersangka baik dengan Sang Pencipta.

Foto – Instagram @zulinaziz

“Aku lalui jalan-jalan sukar dalam memilih pasangan. Menangis, disakiti, ditipu berkali-kali. Diketawakan…

Tapi aku tak pernah putus asa dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Allah telah selamatkan aku dari perkara yang aku tak tahu.

20/2/2022. Akhirnya aku disatukan dengan jodohku. Atas izinNya, TakdirNya, Allahuakhbar!

Bagaimana aku mampu menahan air mata, terlalu banyak yang aku tempuhi.

Sabar itu indah. Percayalah.. Sabar itu punya hikmah yang kau tak pernah terbayangkan.

Alhamdulillah. Terima kasih atas doa-doa kalian.” Tulisnya

Rakan Selebriti Titip Doa Dan Ucapan

Melihat muat naik pelakon jelita tersebut, ramai rakan artis dan peminat membanjiri ruangan komen posting tersebut dengan ucapan dan doa buat pengantin baru.

Foto – Instagram @zulinaziz

“Selamat pengantin baru dik @zulinaziz” ucap Datin Almy Nadia

“Tahniah beb!” kata Fizo Omar

“Alhamdulillah” komen Ahmad Fikry

“Alhamdulillah Alhamdulillah tahniah sayang @zulinaziz” titip Iesya Toh

Tahniah buat Zulin Aziz dan pasangan, semoga berbahagia sehingga jannahNya dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
"Jangan Masuk Campur Sampai Kita Pula..."-Zulin Aziz Tuju Pada Siapa?
farhan norzainizulin aziz
https://lomp.at/j194f
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem