Friday, July 4, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Korea

10 Gaya Clairine Clay Dan Uee, Kelihatan Seperti Kembar!

by Amirul Fikry
February 26, 2022
48
KONGSIAN
Share on Facebook

Clairine Clay kini sudah sah bergelar isteri kepada Joshua Suherman pada 22 Disember 2021 yang lalu. Kemudian, pemilik nama sebenar Clairine Christabel ini mula menceburkan diri di dalam dunia lakonan. Wajah jelitanya menjadi perbualan hangat dan salah satunya adalah dia dikatakan mempunyai rupa paras dan gaya yang sama seperti selebriti popular Korea Selatan, Uee. Menerusi drama ‘Ghost Doctor’ baru-baru ini, Uee telah kembali beraksi selepas berehat selama 3 tahun.

Jom kita tengok gaya mereka berdua!

1. Melepak

via Ig

Clairine Clay dan Uee kedua-duanya muncul dengan pakaian hitam semasa keluar melepak di cafe. Kedua-duanya juga mempamerkan senyuman yang manis dengan gaya masing-masing. Clay dengan gaya yang menunjukkan kasutnya manakala Uee pula sibuk bergambar.

2. Bersama Haiwan Kesayangan

via Ig

Bersama-sama dengan anjing kesayangan masing-masing. Clairine Clay dan Uee menunjukkan keintiman mereka bersama haiwan peliharaan. Clay yang tersenyum riang apabila anjing peliharaannya menciumnya, Uee pula membawa anjing kesayangannya untuk bergambar bersama.

3. Pakai Topi

via Ig

Clairine Clay yang memakai beanie yang agak kelihatan sangat comel. Gadis yang dilahirkan pada 16 Ogos 1995 itu hanya sekali sekala muncul dengan gaya begitu. Manakala Uee agak kerap muncul dengan gaya yang mengenakan topi dalam banyak majlis terutamanya semasa melepak bagi menyembunyikan wajahnya dari tatapan umum.

4. Sebagai Pelakon

via ig

Clairine Clay dan Uee kedua-duanya berkerjaya yang sama sebagai seorang pelakon. Clay memulakan kerjayanya dalam dunia lakonan pada tahun 2016 dengan membintangi satu filem pendek yang berjudul ‘Directions Our Story’. Sementara Uee telah membintangi berpuluh-puluh drma Korea kerana dia telah berkecimpung dalam dunia lakonan selama 13 tahun dan salah satu dramanya yang berjudul ‘Marriage Contract’.

5. Gaya Selfie

via Ig

Sejak kebelakangan ini, rambut Clairine Clay dilihat semakin panjang manakala Uee masih lagi mengekalkan gaya rambutnya dengan gaya paras bahu. Gambar selfie Clay dan Uee dengan pose yang seakan-akan sama ini sangat memukau. Walaupun Uee lebih tua 7 tahun dari Clay namun dia tetap kelihatan comel dan sama seperti Clay.

6. Mengenakan Cermin Mata

via Ig

Clairine Clay pernah memakai cermin mata untuk tujuan berfesyen manakala Uee pula jarang berkongsi fotonya yang mengenakan cermin mata. Tetapi apabila di luar waktu penggambaran, Uee kelihatan memakai cermin mata dengan penampilan yang begitu santai. Sejak kebelakangan ini, ramai yang lebih meminati mengenakan kanta sentuh bagi menyerlahkan lagi penampilan mereka.

7. Gaya Rambut

via Ig

Semasa kedua-duanya berambut panjang, Clairine Clay dan Uee muncul dengan gaya rambut mereka yang sering diikat ‘ekor kuda’. Clay sering muncul dengan gaya rambut kerinting dan Uee pula lebih suka berambut lurus dan kemas. Senyuman Clay dan Uee sekali lagi menunjukkan sisi yang sama.

8. Gaya Pemakaian

via Ig

Semasa bercuti, pakaianlah yang menjadi tunjang utama buat mereka berdua. Foto di atas menunjukkan Clay yang memakai gaun yang bertali di bahu manakala Uee memakai gaun panjang lengan pendek cuma kasut yang mereka gayakan berbeza. Clay muncul dengan sandal yang kelihatan lebih santai, Uee pula lebih gemar mengenakan sneakers.

9. Gaya Menongkat Kepala

via Ig

Tampil serba hitam, Clairine Clay dan Uee secara tidak sengaja mempamerkan gaya yang sama. Clay kelihatan menongkat dagu sambil tersenyum ke arah kamera dan Uee menongkat kepalanya dengan pandangan seperti termenung yang tidak menghiraukan kamera.

10. Senyuman Yang Ceria

via ig

Gaya Clairine Clay dan Uee yang kedua-duanya tersenyum dengan gaya rambut pendek, sekali lagi menunjukkan persamaan yang jelas antara mereka. Beberapa persamaan antara Clay dan Uee ini bermula dari rupa paras, gaya, bentuk badan hinggalah kerjaya mereka.

Hanya yang berbeza adalah Uee masih bujang. Apa pendapat anda, mereka kelihatan serupa bukan?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
clairineclaymukayangmiripuee
https://lomp.at/h2jk3
Share19Tweet12SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  2. 2

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem