Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Such A Liar!” – Chef Wan Hilang Sabar, Anggap Sikap Shikin Maembong Memalukan

Tegas Wan, tindakan Shikin menafikan perkara tersebut adalah bohong semata-mata

by Khai Azfar
February 22, 2022
Share on Facebook

Kemelut diantara personaliti masakan terkenal, Datuk Cef Wan dan bekas menantunya, Shikin Maembong terus berpanjangan.

Cef Wan Dedah Perkara Sebenar 

Setelah Shikin menafikan bahawa perkahwinannya bersama bekas suami yang juga personaliti masakan, Cef Riz ditaja oleh Wan, pemilik nama sebenar Redzuawan Ismail itu tampil mendedahkan perkara yang sebaliknya.

Tegas Wan, tindakan Shikin menafikan perkara tersebut adalah bohong semata-mata. Menurut Wan, dia telah menaja majlis resepsi anaknya dengan Shikin suatu ketika dahulu di sebuah dewan acara. Jelas Wan lagi, dia masih mempunyai bukti termasuk resit dan saksi mengenai tajaan tersebut.

“Dasar penipu! Saya tanya anak saya semasa resepsi perkahwinan di Ombak Asmara itu jika tidak salah makan malam untuk 100 pax dan segala urusan pelamin siapa yang bayar dan uruskan?

“Saya boleh bawa saya punya saksi-saksi ketika itu macam makcik Florence dan ada beberapa orang lain yang ikut sama untuk bantu saya uruskan majlis itu dan saya yang bayar mereka!

“Saya yakin saya masih boleh cari buku cek itu. Saya tidak fitnah orang kurang bijak ini dengan muka nya yang memualkan kerana menuduh saya sebarangan” katanya

Tegur Sikap Shikin

Dedahnya lagi, perkahwinan tersebut ditaja olehnya kerana Riz tidak mempunyai wang yang mencukupi ketika itu malah perkahwinan pertamanya juga ditaja oleh Wan.

“Maafkan anak saya kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi berkahwin dengan awak ketika itu( saya tanya dia kau nak kahwin dengan betina ini cukup duit tak?)

“dia jawab tak Pa, jadi saya membuat keputusan untuk membantu dan menguruskan segalanya termasuk perkahwinan pertamanya saya taja 100%.

“Malah saya memilih untuk bantu kedua-dua mereka kahwin  secepat mungkin selepas saya dengar macam-macam cerita di  belakang saya. Wow cepat sungguh kau lupa jasa-jasa aku kahwin kan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja lepas tu mengaku secara terbuka kononnya di FITNAH?” tegur Wan

Sebelum ini, Murai.my melaporkan Shikin menafikan bahawa perkahwinannya bersama Riz telah ditaja oleh Wan. Tegas kakak kepada pelakon adik-beradik, Emma dan Chacha Maembong itu, perkahwinan mereka menggunakan 100 peratus hasil pendapatan perniagaan yang dijalankan bersama. Terdahulu,  Shikin bertindak mengambil tindakan undang-undang terhadap Wan susulan kenyataan yang dikeluarkan cef selebriti itu mengenai dirinya dan Riz sebagai sesuatu yang memalukan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
chef wanshikin maembong
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara