Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Shikin Maembong Nafi Chef Wan Taja Perkahwinan Bersama Bekas Suami

Perkahwinan mereka menggunakan 100 peratus hasil pendapatan perniagaan yang dijalankan bersama.

by Khai Azfar
February 21, 2022
Share on Facebook

Susulan pendedahan Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali ramai sebagai Cef Wan menerima surat saman daripada Shikin Maembong, bekas menantunya itu tampil menjawab salah satu tuduhan daripadanya.

Nafi Ditaja Cef Wan 

Menurut Shikin menerusi ruangan Insta-story pada Ahad, dia menafikan bahawa perkahwinannya bersama bekas suami, Cef Riz telah ditaja oleh Wan. Tegas kakak kepada pelakon adik-beradik, Emma dan Chacha Maembong itu, perkahwinan mereka menggunakan 100 peratus hasil pendapatan perniagaan yang dijalankan bersama.

“Saya ini bukannya sejenis yang suka mengaibkan atau bercerita tentang peribadi saya dekat Instagram tetapi memandangkan keadaan memaksa saya kerana sebab ramai yang komen bukan-bukan dekat saya.

“Sebenarnya masa kahwin dengan bekas suami saya, duit perkahwinan kami seratus peratus adalah duit sendiri. Ketika itu saya dan bekas suami buat perniagaan Elken. Kita kumpul duit sendiri dan kahwin guna duit sendiri.

“Memang seratus peratus duit sendiri tiada satu sen pun guna duit bapa mentua saya .

“Apa yang dia post adalah fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar,” dedah Shikin

Wan Kecewa 

Terdahulu, Wan meluahkan rasa kecewa apabila menerima notis tuntutan mahkamah yang menyatakan Shikin ingin mengambil tindakan saman malu terhadapnya berikutan tindakan Wan mendedahkan isu mengenai rumahtangganya bersama Riz secara terbuka.

“Letih saya nak melayan drama dia ini pun. Tak rasa malu ke semasa susah saya juga yang ke sana dan sini untuk dia dan Arriana, jelaskan semua bil hospital dan macam-macam lagi.

“Sebagai bekas bapa mertua jika saya nasihat dia supaya jangan buat perkara-perkara macam itu salah ke?

“Kita orang tua nasihat yang baik-baik tanpa perlu pergi ke mahkamah untuk lawan hak penjagaan anak” katanya

“Kau lupa ke jasa aku susah payah kahwin kan kau berdua guna duit saya 100 peratus?” tulis Wan

Untuk rekod, Riz atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Redzuwan, telah mendirikan rumahtangga dengan Shikin pada 2014 sebelum bercerai dua tahun berikutnya. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Arriana Natasha.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
chef wanshikin maembong
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara