• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Nur Sajat Sedih Sambut Hari Lahir Tanpa Anak-Anak

Menurut Sajat, sudah hampir setahun dia tidak dapat bertemu dengan mereka

by Khai Azfar
February 23, 2022
Share on Facebook

Usahawan sensasi, Nur Sajat meluahkan rasa sedih apabila tidak dapat menyambut hari kelahirannya pada hari ini (23 Februari 2022) bersama anak-anak dan keluarga nya.

Sajat Hanya Mampu ‘Throwback’

Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman hanya mampu memuat naik dan mengimbau kembali kenangan bersama anak-anak angkat itu selain menyifatkan kehadiran mereka sebagai hadiah yang paling bermakna buat dirinya.

“Tiada apa Yang nak saya ingin katakan pada hari ini.. buat hari jadi adalah kenangan saya dengan anak anak saya.. Mereka lah hadiah paling berharga untuk saya..” tulis Sajat

Rindu Anak-Anak 

Menurut Sajat, sudah hampir setahun dia tidak dapat bertemu dengan mereka susulan daripada kontroversi yang terpalit dengan dirinya dan turut memohon maaf kerana tidak dapat menyambut hari ulang tahun kelahirannya dengan meriah pada tahun ini.

“Tahun ini saya hanya rindu kan anak anak saya jer..ini gambar saya dengan anak saya pada tahun lepas 23/02/2021

“Tetapi hampir 1 tahun berlalu.. waktu berjalan pantas,saya rindu sangat pada anak saya.. ibu mana tAk rindu anak hampir 1 tahun saya tak berjumpa dengan mereka..

Maaf kan saya Jika saya tak sambut meriah hari jadi saya.. sebab saya banyak memikirkan perasaan anak anak saya..” katanya

Di kesempatan itu, Sajat menitipkan ucapan selamat hari lahir buat dirinya selain meluahkan rasa sayang kepada anak-anak dan kekasihnya, Jados.

“Happy birthday untuk nursajat buat terakhir untuk tahun ini.. semoga sajat berbahagia dan sukses selalu di dalam kehidupan ini..

“buat syaza dan syahmi.. I love you forever❤️❤️❤️❤️❤️

“For my love @jadooss .. I love you forever ❤️❤️❤️❤️❤️” katanya lagi

Terdahulu, Sajat memilih untuk memulakan kehidupan baru di Australia sejak Oktober tahun lalu kerana berasa tidak selamat tinggal di Malaysia. Malah dia turut menjadi buruan pihak berkuasa tempatan sehingga ke hari ini.

nur sajat
https://lomp.at/16zqw
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Gossip

6 Kontroversi Selebriti Malaysia Yang Membabitkan RUMAH SYAITAN !

by Ayden Mikhael
April 22, 2018

Boleh dikatakan setiap tahun pasti akan timbul kisah selebriti Malaysia dan kelab malam (clubbing) atau lebih dikenali dengan rumah syaitan....

Read moreDetails
via Instagram Puteri Balqis Azizi
Gossip

15 Tahun Menderita, Ibu Puteri Balqis Bongkar ‘Belang’ Sebenar Bekas Suami

by Puteri Alia
September 5, 2022

Kisah gelap yang dilalui pelakon berbakat, Puteri Balqis bersama ibunya Norashikin Mohd Aziz yang diceritakan menerusi podcast bersama Bros Gang...

Read moreDetails
Gossip

Pereka Fesyen Singapura Dakwa Fazura Tiru Idea Orang?

by Khai Azfar
August 15, 2018

Isu berkaitan Fazura dan KLFW 2018 nampaknya masih lagi hangat dibicarakan. Jika sebelum ini terdapat dakwaan daripada netizen dimana pelakon...

Read moreDetails
Gossip

Iqbal Zulkefli Dedah Pembantu Rumah Amal Perbuatan Syirik, Netizen Luah Rasa Bimbang!-“Dia Tengok Kau…”

by Naddy Joe
April 14, 2023

Penyanyi, pelakon, dan usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli baru-baru ini berkongsi sikap pelik pembantu rumahnya sehingga terpaksa ditamatkan kontrak pada Oktober...

Read moreDetails
Gossip

“Berhenti Burukkan Mummy”- Zaki Yamani Bidas Dakwaan Jamal Abdillah Isu Dihalang Untuk Bertemu

by Naddy Joe
April 12, 2022

Anak lelaki penyanyi tersohor negara, Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani tampil membidas dakwaan bapanya yang mendakwa telah dihalang oleh bekas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  3. 3

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore