Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Mesej ‘Workout’ Bekas Ratu Tenpin Boling Negara Shalin Zulkifli, Buat Ramai Nak Bersenam

Bekas atlet boling negara ini titip pesanan istimewa khas untuk kaum wanita

by Puteri Alia
February 23, 2022
Foto - Instagram @shalinzulkifli

Foto - Instagram @shalinzulkifli

Share on Facebook

Bekas jaguh boling negara, Shalin Zulkifli memuatnaik video senaman di Instagram nya sambil menitipkan kata-kata semangat yang istimewa buat kaum wanita terutama yang berbadan besar.

Jangan Sedih Tak Nampak Hasil ‘Workout’

Bekas ratu tenpin negara ini menitipkan pesanan buat golongan wanita yang melakukan senaman demi untuk kuruskan badan, menasihati agar tidak cepat berasa sedih dan kecewa apabila tidak dapat hasil yang pantas setelah melakukan senaman.

Sebaliknya, Shalin menasihati agar kaum wanita fokus untuk menguatkan tubuh badan dan bersabar kerana untuk mendapatkan asas yang kukuh memerlukan masa.

Foto – Instagram @shalinzulkifli

“Assalamualaikum, terutamanya untuk semua wanita saiz besar di luar sana. Saya ‘workout’ pagi semalam sebelum masuk kerja.. Saya selalu ‘workout’ sebelum mula kerja, anda semua selalu ‘workout’ bila?

Cuba kongsi sikit? Untuk saya kalau ‘workout’ pagi, mandi kemudian kerja, saya rasa segar sikit

Jangan rasa sedih dan kecewa bila anda tidak nampak hasilnya… Sabar ya.. Nak buat ‘solid foundation’ ambil masa..

Jangan fokus untuk jadi kurus, fokus untuk jadi kuat. Sentiasa ingat.. ‘Be Stronger Than What Breaks You’. Sebab ANDA Penting..” Tulisnya

Ramai Komen Rasa Nak Bersenam

Muat naik bekas atlet ini tarik perhatian ramai, termasuklah penyampai radio Farah Fauzana dan pengguna media sosial yang lain. Rata-rata mereka memberi komen yang positif dan ingin melakukan senaman seperti yang dilakukan Shalin diruangan komen postingnya.

Foto – Instagram @shalinzulkifli

“Okay saya akan ‘workout’ jugak!!! Tapi lepas habis kerja” komen Farah Fauzana

“Saya akan mula balik. Terima kasih beri inspirasi” kata salah seorang warganet

“Suka sangat.. Saya juga ‘on progress’ sekarang.. Semoga dapat capai matlamat” luah pengguna media sosial

Betul kata Shalin, jangan fokus nak kurus tapi fokuslah demi untuk menguatkan badan lagi pun nak cantik tiada jalan pintas ya!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
atlet boling negarashalin zulkifli
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

  5. 5

    Ramai Tak Tahu, Terrapuri Heritage Resort Di Terengganu Ini Dibina Daripada Rumah Melayu Tradisional Berusia Ratusan Tahun

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara