Wednesday, July 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Jalan-Jalan

Raja Salman Umum 22 Februari Sebagai Hari Penubuhan Arab Saudi

Meraikan detik bersejarah itu majlis sambutan penuh meriah telah diadakan selama tiga hari berturut-turut

by Khai Azfar
February 24, 2022
51
KONGSIAN
Share on Facebook

Kerajaan Arab Saudi mengisytiharkan tarikh unik, 22 Februari setiap tahun sebagai hari cuti umum bagi memperingati penubuhan negara itu pada 1727 oleh Imam Muhammad bin Saud, bapa pengasas negara itu.

Raja Salman Keluarkan Titah

Foto via Sama Media

Pengumuman itu ditetapkan menerusi titah diraja yang dikeluarkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al-Saud menerusi laman Twitter rasminya sebagai  menghargai dan memperingati hari Imam Mohammed bin Saud yang telah menubuhkan Diriyah sebagai sebuah negara kota autonomi pada 1727.

“Dan sejak tarikh itu sehingga ke hari ini, ia telah meletakkan asas kepada keamanan, kestabilan dan keadilan yang telah dicapai,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi sebuah kenyataan, serentak meraikan detik bersejarah itu beberapa majlis sambutan penuh meriah telah diadakan selama tiga hari berturut-turut sejak 22 hingga 24 Februari yang diraikan rakyatnya dengan pelbagai pengisian yang dapat dimanfaatkan semua.

Ia termasuk perarakan, persembahan opera dan udara, pantulan cahaya, ekspo dan pameran berlangsung di Arena Show, Riyadh.

Foto via Sama Media
Foto via Sama Media
Foto via Sama Media

“Malah turut berlangsung satu majlis perarakan dan persembahan secara besar-besaran dengan tema “Perjalanan pertama” di Wadi Namar, salah satu lokasi pelancongan di selatan Riyadh.

“Lebih daripada 3500 orang terdiri daripada artis, pemuzik, pelakon dan penyanyi terbabit dalam menjayakan persembahan dan perarakan berkenaan.

“Persembahan turut terbahagi kepada 10 babak dengan konsep lukisan panorama yang diinspirasi dari pebagai era penubuhan negara Arab Saudi sepanjang tiga dekad lalu.

“Persembahan dianjurkan juga disulami dengan persembahan puisi epik secara teaterikal dan muzikal. Pada majlis itu juga, Putera Raja Riyadh, Faisal bin Bandar Al-Saud turut mencemar duli,” kata kenyataan itu.

Pelbagai Suka & Duka Di Sebalik Penubuhan Arab Saudi

Foto via Sama Media

Kenyataan itu turut menyebut, menubuhkan sebuah negara baharu bukan sesuatu yang mudah kerana ia dibina dengan keringat, darah dan deraian air mata.

“Selepas 300 tahun Kerajaan Arab Saudi yang ada memerintah, kini ia terus membangun dengan pesat. Bahkan kemudahan yang ada hari ini dapat dilihat banyak memudahkan masyarakat Arab Saudi itu sendiri. Malah ekonomi juga berkembang pesat.

“Meraikan majlis sedemikian membantu membina identiti negara, walaupun asal-usulnya yang sederhana. Bandar Diriyah sehingga hari ini merupakan perlambangan kepada keazaman dan kebanggaan Saudi. Negara Saudi moden tidak lahir daripada revolusi anarki atau perjuangan kemerdekaan pasca kolonial, ia hanyalah kehendak rakyat tempatan yang menginginkan sebuah negara dan membinanya dari titik permulaan.

“Negara Saudi dilihat dengan kebijaksanaan negarawan keturunannya Imam Mohammed bin Saud, yang membentuk pakatan dan memimpin pertempuran demi mewujudkan negara baharu. Pengorbanan ini bukan sahaja dirasai oleh beliau, ia juga pengorbanan rakyat yang bersama berjuang kearah kemajuan negara ini.

“Perayaan ini patut disambut oleh rakyat Saudi yang mana penubuhan kerajaan ini telah mencapai lebih dari tiga abad demi mengekalkan sebuah negara yang damai dan harmoni,” kata kenyataan itu.

Berbeza Dengan Hari Kebangsaan

Sementara itu, Duta Arab Saudi di Malaysia, Mahmoud bin Hussein Qattan, menyifatkan sambutan Hari Penubuhan Arab Saudi ini berbeza dengan Hari kebangsaan negara itu pada 23 September 1932.

Foto via Sama Media

“Kalau dikira sambutan pada 23 September itu adalah untuk negara Arab Saudi moden. Sebenarnya ia bermula pada abad ke-18 iaitu pada tahun 1727. Itu adalah permulaan pertama penubuhan negara Arab Saudi.

“Sejarah kami sangat mendalam. Kami ingin menunjukkan kepada seluruh dunia tentang sejarah negara kami. Tidak kiralah sama ada mereka di tanah air sendiri mahupun di perantauan.

“Jika dilihat di Malaysia konsep perpaduan digunakan tampuk pimpinan untuk menyatukan rakyat mereka. Hal ini penting untuk membuka minda generasi muda memperingati kewujudan perpaduan itu melalui sejarah dan nenek moyang mereka,” kata Mahmoud.

Untuk info, Hari Penubuhan Saudi ini mengingatkan perjuangan Imam Mohamed bin Saud tentang hasratnya berjuang dengan kebenaran sejati yang ingin mencapai perpaduan. Perayaan ini juga menunjukkan pengorbanan, kebanggaan, kasih sayang yang patut dirasai oleh semua lapisan masyarakat.

Arab Saudiraja salman
https://lomp.at/brdl0
Share20Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  4. 4

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem