Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Digelar Datuk ‘Low Class’, Aishah Cabar Netizen Untuk Bersemuka

Aishah turut memuatnaik tangkap layar komen netizen yang menggelarkannya sebagai 'Datuk low class'

by Naddy Joe
February 24, 2022
Share on Facebook

Penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin atau lebih dikenali sebagai Aishah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir netizen yang masih tidak berpuas hati dengan dirinya. Ia berikutan pelantun Ketentuan Takdir itu memuatnaik foto makanan yang disediakan untuk anak-anaknya  sebelum keluar menjalani penggambaran.

Aishah Pelik Dengan Netizen

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Aishah memuatnaik tangkap layar komen netizen yang menggelarkannya sebagai ‘Datuk low class’. Susulan itu, Aishah mencabar netizen tersebut untuk berhadapan dengannya sekiranya mempunyai rasa tidak puas hati.

“Datuk low class buat pe”-Netizen

“Ada juga yang masih tidak puas hati ek. Setakat baling batu sembunyi tangan apa barang babe. Berdepanlah kalau berani cakap apa yang tak puas hati dengan I. So many sickos nowadays.”-tegas Aishah

DM Netizen Di Instagram

Tambahnya lagi, dia turut bertindak menghantar mesej  peribadi (DM) kepada netizen yang mengecamnya  itu. Malah, dia juga berasa kasihan kerana tindakan individu tersebut disifatkan Aishah sebagai sesuatu yang tidak berfaedah.

“Tak ada kerja lain ke selain dari masuk IG orang caci orang. Kesian, muka pun tak berani tunjuk ada hati nak kutuk orang.

Kesian orang macam you nie, got nothing better to do in life? Redha Allah macam ni?”-Soal Aishah

Terdahulu, Aishah teruk dikecam kerana menceritakan pengalamannya sebagai seorang isteri yang membeli beras dan tidak pernah dimanjakan dengan hadiah. Aishah turut menjelaskan bahawa dia tidak membuka aib mana-mana pihak kerana semua yang terjadi merupakan pengalaman hidupnya sendiri.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
wan aishah wan ariffin
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara