Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Danial Chuer ‘Tak Sentap’ Persembahan Digelar Feminin

Danial mengambil segala nasihat dan teguran untuk memperbaiki persembahannya pada masa akan datang

by Khai Azfar
February 28, 2022
Share on Facebook

Peserta Big Stage 2022, Danial Chuer memandang positif dengan komen-komen yang diberikan oleh juri tetap, Dato Sri Siti Nurhaliza dan juri pedas, Datuk Syafinaz Selamat usai membuat persembahan lagu Gila nyanyian asal Kaka Azraff, Noki dan Loca B.

Danial Ambil Segala Nasihat 

foto via Astro/Azrul Rafie

Menerusi sebuah kenyataan yang dikongsi  di Insta-story pada Isnin, Danial mengambil segala nasihat dan teguran untuk memperbaiki persembahannya pada masa akan datang selain berterima kasih kepada mereka yang sentiasa memberikan sokongan kepadanya.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan. Saya ambil setiap nasihat dan teguran sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan saya. Terima kasih juga untuk semua yang tidak pernah jemu menasihati saya dari dulu lagi. Sayang anda semua. Semoga kata-kata yang baik itu kembali lagi menjadi kebaikan buat anda semua.” – tulis Danial

Peminat Tidak Puas Hati 

Terdahulu dalam konsert minggu keempat, Syafinaz berseloroh mengenai perwatakan Danial yang berjalan seperti model antarabangsa, Bella Hadid. Tambah Siti yang bersetuju dengan komen tersebut, Danial perlu tampak lebih maskulin untuk persembahannya akan datang.

Susulan itu, segelintir peminat menyifatkan komen tersebut tidak menjaga sensitiviti dan perasaan peserta apatah lagi ketika bersiaran langsung.

Untuk rekod, persembahan Danial mendapat kedudukan ketiga dengan peratusan markah sebanyak 80.2% dibelakang Elica Paujin yang mendapat 85.8%.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
big stage 2022danial chuer
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara