Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

[VIDEO] Iqram Dinzly Menangis Selepas Bergaduh Dengan Mona Allen, Rasa Ingin Bunuh Diri

Terjadinya perselisihan faham diantara mereka selepas Iqram terlalu menjiwai wataknya

by Khai Azfar
March 2, 2022
Share on Facebook

Pelakon Iqram Dinzly berkongsi sebuah video yang memperlihatkan dirinya menangis dipercayai akibat berasa tertekan.

Iqram Tertekan 

Menerusi video yang dimuatnaik di Insta-story nya itu, Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin,41 akui berhadapan dengan pelbagai ujian belakangan ini selain mahukan Allahyarham bapanya berada disisi.

“Stress dowh setiap hari aku nak mulakan kebaikan pasti ada ujian dugaan yang aku rasa terlalu beban untuk aku tempuhi.

“Papa I need you!” luah Iqram

Selain itu, Iqram seakan mengeluh dengan dugaan yang diterima sehingga terfikir untuk menamatkan riwayat hidupnya.

“Ya Allah, kenapa Kau selalu biarkan diri ini selalu dalam tergantung sepi. Rasa macam nak tergantung dengan tali. Allahuakbar” katanya lagi

Bergaduh Dengan Mona Allen

Terdahulu, pelakon Mona Allen menjadi bualan hangat netizen apabila menzahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap seorang pelakon dipercayai Iqram yang turut memuatnaik hantaran yang hampir sama.

Difahamkan, terjadinya perselisihan faham diantara mereka selepas Iqram terlalu menjiwai wataknya yang pada ketika itu sedang mencekik leher Mona.

Berasa sakit dengan tindakan pelakon itu, Mona lantas menjerit untuk melepaskan diri daripada cengkaman Iqram selain turut memarahinya.

“Ingatkan kau dah tak psiko, rupa-rupanya memang psiko sejak azali.

“Bukan sekali dua eh babak dia cekik I, tetapi banyak kali. Setiap kali kena cekik, mesti sakit!

“Dah pesan elok-elok tak nak dengar. Sekarang ni video dah viral nanti cakap I pula yang diva. Siapa yang kenal mesti tahu I bukan macam tu.

“The last thing I would do is to fight with others. But this one is too much!” tulis Mona

Susulan itu, Iqram dilihat telah bertemu dengan suami Mona yang juga pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim bagi menyelesaikan perselisihan faham diantara mereka.

Untuk info, kedua-dua pelakon ini sedang menjayakan penggambaran drama Hati Yang Dikhianati arahan Bade Azmi.Drama yang mempunyai 146 episod itu kini telah bersiaran hampir 100 episod dan merupakan adaptasi telenovela popular Venezuela, Mis Tres Hermanas.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
iqram dinzlymona allen
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara