Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Roslan Shah Nafi ‘Propa’ Pengsan Ketika Di WHI, Doktor Ada Pengesahan!

Roslan turut memohon maaf kepada stesen TV3 atas insiden tersebut.

by Khai Azfar
March 2, 2022
Share on Facebook

Penyanyi dan pengacara, Roslan Shah mengambil pendekatan untuk menerima segala kecaman dan tuduhan yang tidak berasas daripada pihak tertentu susulan dirinya rebah ketika bersiaran langsung dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) pada Isnin.

Nafi Buat Gimik 

Menurut Roslan atau juga mesra disapa sebagai Cik Lan, dia menafikan sengaja melakukan gimik untuk meraih perhatian ramai. Malah, Roslan turut memohon maaf kepada stesen TV3 atas insiden tersebut.

“Biar lah orang nak cakap apa..yang penting kejadian apa yang berlaku mereka tahu..Bukannya dapat duit pun Cik Lan berlakon. Biasalah mulut manusia. Cik Lan pun mohon maaf kepada pihak TV3 tetapi mereka kata bukan salah Cik Lan. Benda dah jadi” katanya

Doktor Sahkan Keadaan Roslan 

Dalam sebuah hantaran lain, Rosan berkata doktor yang merawat telah mengesahkan tekanan darahnya ketika itu berada di paras yang merbahaya,  sekaligus menyebabkan dia rebah serta merta. Enggan mengeruhkan lagi keadaan, sebaliknya selebriti berasal dari Singapura ini menyerahkan kepada netizen untuk menilai selain meminta izin untuk terus berehat.

“Kalau Cik Lan propa kenapa pihak doktor TV3 sahkan Cik Lan punya BP tinggi 220. Cik Lan tersedak dan batuk terus pitam dan dibawakan ke ambulans pergi ke hospital. Apalah korang ini cerita yang bukan-bukan..kejadian tak pernah terlintas untuk propa lah..suka hati korang..maaf Cik Lan nak rehat ya” katanya lagi


Pada Isnin lalu, nama Roslan menjadi bualan hangat di media sosial apabila secara tiba-tiba rebah ketika ditemu bual oleh pengacara WHI, Fatin Hamimah dan Hawa Rizwana ketika bersiaran langsung di TV3. Susulan itu, Roslan dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
roslan shah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara