Sunday, February 5, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

‘3 Kali Saya Buat Swab Test’- Zarina Zainuddin Positif Covid-19

Pelakon veteran ini titip pesan individu yang berjumpa dirinya sebelum ini segera lakukan ujian kendiri

by Mas Ayu
March 2, 2022
Foto - Instagram @zarinazainuddin_

Foto - Instagram @zarinazainuddin_

47
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin disahkan positif Covid-19 dan hal ini dikongsikan sendiri oleh pelakon veteran ini di media sosialnya hari ini.

Dah Lengkap Terima Dos Penggalak

Dalam muatnaik tersebut Zarina memaklumkan pelakon ini dan keluarganya sudah mengambil dos penggalak pada 25 Februari 2022, namun pada 1 Mac (semalam) aktres berbakat ini mendapati dirinya positif jangkitan setelah membuat ujian kendiri.

“Saya dah dapat ‘booster’ untuk perlindungan kami sekeluarga 25 Feb 2022. Hari ini 1 haribulan Mac, saya dah sah positif Covid 19.” Tulisnya

Foto – Instagram @zarinazainuddin_

Akui Masih Boleh Kena Walaupun Lengkap Vaksin

Zarina akui walaupun sudah lengkap mengambil vaksin penuh namun virus tersebut tetap boleh menjangkiti dirinya, cuma jangkitan yang diterima tidak teruk dan masih dilindungi dengan dos penggalak yang diambil sebelum ini.

“Mesti orang cakap ehhh dah vaksin penuh pun masih boleh kena ke? Ya… ‘Booster’ tu untuk perlindungan sekurangnya jika kena sekali pun kita tidak lah sampai ‘stage’ yang teruk. Setakat ‘stage’ satu dua saja..”

Dalam pada itu, Zarina juga menitip pesan kepada mana-mana individu yang berjumpa dengannya sebelum ini segera melakukan ujian kendiri.

Selain itu, pelakon ini juga memohon maaf jika ada menyakitkan hati sesiapa dan meminta panduan serta nasihat orang ramai bagi melawan jangkitan Covid yang dialaminya.

Netizen Titip Doa Dan Panduan

Melihat posting pelakon dan usahawan pulut kuning itu, ramai pengguna media sosial membanjiri ruangan komen dengan menitipkan doa agar selebriti tersebut segera pulih dan ada juga yang memberi nasihat serta tip sebagai panduan melawan Covid.

Foto – Instagram @zarinazainuddin_

“Syafakillah semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan urusannya amin”

“Minum air kelapa campur lemon. InsyaAllah. Semoga cepat sembuh”

“Assalamualaikum, kalau kuat kunyah bawang putih”

“Syafakillah Kak Ina sayang, Insya-Allah dipermudahkan segala urusan dan segera sihat wal’afiat semula” komen warganet

Semoga Zarina segera pulih dari jangkitan Covid-19.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: covid-19zarina zainuddin
Share19Tweet12SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?
Lokal

Padam Semua Gambar Dan Video, Zarina Anjoulie Dah Putus Dengan Kekasih?

by Aphit J.
February 5, 2023
[VIDEO] Melly Goeslow Sebak & Terkejut Dengar Suara Najua, Cucu P. Ramlee
Indonesia

[VIDEO] Melly Goeslow Sebak & Terkejut Dengar Suara Najua, Cucu P. Ramlee

by Phic ARMAN
February 5, 2023
Michelle Yeoh Kongsi Kisah Lama, Menyertai Miss Malaysia Bukan Dari Kehendaknya
Hollywood

Michelle Yeoh Kongsi Kisah Lama, Menyertai Miss Malaysia Bukan Dari Kehendaknya

by Aphit J.
February 5, 2023
Berhijab di Masjid Abu Dhabi, Kemunculan Jennie BLACKPINK Raih Pujian Netizen
Korea

Berhijab di Masjid Abu Dhabi, Kemunculan Jennie BLACKPINK Raih Pujian Netizen

by Aphit J.
February 5, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Fuad Rahman Kongsi Gambar Hadiah Hari Lahir, Netizen Puji Pemakaian Kasut Tom Di Pantai

  2. 2

    ‘Alhamdulilah Allah Masih Lagi Berikan Kesabaran’- Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

  3. 3

    Fizo Omar Umum Isteri Hamil Lagi, Komen Siti Elizad Curi Perhatian Netizen!

  4. 4

    [VIDEO] Putera Mateen Tunjuk ‘Skill’ Menari, Ramai Peminat Teruja- “Comelnya”

  5. 5

    Ramai ‘Histeria’ Dengar Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Tamil Di Konsert AR Rahman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan