Sunday, April 2, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Analogi Perang Ukraine-Rusia Ibarat Drama Sinetron, Buat Normala Samsudin Dan Netizen Mudah Faham!

Penjelasan dalam bentuk drama buat ramai orang fahami gejolak dua negara antarabangsa

by Puteri Alia
March 2, 2022
Foto - Instagram @normalasamsudinofficial

Foto - Instagram @normalasamsudinofficial

154
KONGSIAN
Share on Facebook

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin memuatnaik komen pengguna media sosial yang menjelaskan perang antara Ukraine dan Rusia dalam bentuk drama sinetron di Instagram nya menarik perhatian ramai.

Perang Dua Negara Ibarat Drama Sinetron

Menerusi analogi yang tulis oleh Khairul Azli Muhamad itu menjelaskan, situasi dua buah negara itu dalam bentuk perkahwinan dan kekeluargaan yang ringkas dan mudah difahami.

“Ukraine ni ibarat bekas bini kepada Rusia.. Dan perkahwinan mereka dikurniakan 2 orang anak iaitu Donetsk dan Lugansk (wilayah pro Rusia).. Walaupun mereka dah berpisah, Rusia tetap jaga Ukraine dengan elok..

Tiba-tiba kekasih baru si Ukraine (Nato) ni datang menggoda dan menabur janji-janji manis kepada si Ukraine dan berjanji akan menjaga kedaulatan Ukraine.. Temberang si kekasih baru ni tidak disukai kedua-dua anak mereka dan mereka meminta bapa mereka (Rusia) untuk mengambil balik mereka…

Apalagi si bapa naik naik lah tiba-tiba orang luar datang.. Tu si bapa terus ajar bekas isteri dia.. Akhirnya si isteri kena kencing dengan kekasih baru dia.. Hahaha..

Ni versi drama sinetron” komen Khairul

Foto – Instagram @normalasamsudinofficial

Anggap ‘Bekas Kekasih’ Seperti James Bond

Membaca penjelasan dari pengguna media sosial tersebut, Normala sendiri mengakui analogi tersebut sangat mudah untuk difahami dan menyifatkan perbuatan ‘kekasih baru’ yang dikatakan dalam komen tersebut umpama seperti watak jahat James Bond yang merupakan perisik dan juga romeo.

“Korang bayangkan je bekas kekasih yang romeo ni macam James Bond tu, watak tu sejak 70an lagi…! Perisik dan romeo macam filem tu serupa dah..” tulis Normala

Netizen Baru Faham Gejolak Perang Ukraine-Rusia

Melihat komen penulisan yang dikongsikan oleh bekas personaliti ini di media sosialnya, membuatkan orang ramai lebih memahami kemelut yang sedang melanda dua negara itu pada ketika ini.

Foto – Instagram @normalasamsudinofficial

“Terjemahan yang mudah difahami. Sebab tu lah untuk US, berhenti masuk campur urusan negara lain. Jaga negara sendiri saja.”

“Baru lah faham. Kalau tak dok cari-cari jugak apa punca yang berlaku perang ni.”

“Terbaik betullah… Baru faham.. MasyaAllah.. Netizen ni memang kreatif betul”

“Sangat tepat terjemahannya”

“Terus faham.. Terima kasih” komen mereka

Apa pandangan anda tentang isu Ukraine dan Rusia ini?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER perangpuan sri normala samsudinrusiaUkraine
Share62Tweet39SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

Video Ala Filem Mat Kilau The Movie Tampilkan Beto Kusyairy Curi Perhatian Ramai!
Selebriti

Video Ala Filem Mat Kilau The Movie Tampilkan Beto Kusyairy Curi Perhatian Ramai!

by A.Aided
April 1, 2023
Plong! Bawa Era Baru New Wave Nusantara Melalui Kencana
Lokal

Plong! Bawa Era Baru New Wave Nusantara Melalui Kencana

by Aphit J.
April 1, 2023
Meskipun Berpakaian Pelik Serba Hijau Ketika Solat, Sharnaaz Ahmad Tetap Kenal Gelagat Anak Sendiri!
Lokal

Meskipun Berpakaian Pelik Serba Hijau Ketika Solat, Sharnaaz Ahmad Tetap Kenal Gelagat Anak Sendiri!

by Puteri Alia
March 31, 2023
Wawa Zainal Masak Asam Pedas Tak Pakai Apron, Netizen Rimas Tengok Lengan Baju Terjuntai Kena Kotor
Lokal

Wawa Zainal Masak Asam Pedas Tak Pakai Apron, Netizen Rimas Tengok Lengan Baju Terjuntai Kena Kotor

by Puteri Alia
March 31, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Mia Sara Disangka Kantoi Berparti & Tak Bertudung? Netizen Bimbang- “Sebab Tu Kena Hati-Hati Memilih Kawan”

  2. 2

    Gambar Adik Neelofa Tersebar, Pemuda Indonesia Pasrah Dan Sanggup Terima Ameera Khan Jadi Isteri

  3. 3

    Zamarul Hisham Dedah Sikap Rita Nadira Ketika Digandingkan Dalam Telemovie ‘Saat Hilang Cintamu’

  4. 4

    Mawar Rashid Umum Nama Terkini Anak Ketiga-“Ya Tukar Nama Sebab….”

  5. 5

    [VIDEO] Madam Najwa Latif Belanja Lagu ‘Cinta Muka Buku’ -“Lama Tak Dengar Lagu Ni”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan