Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Marsha Sebak, Akim & Stacy Luah Rasa Syukur Dengan Kemenangan ‘Cinta’

Persembahan penyanyi itu faktor yang melonjakkan lagu Cinta ke kedudukan naib juara.

by Khai Azfar
March 7, 2022
foto via Gayah Is Typing

foto via Gayah Is Typing

526
KONGSIAN
Share on Facebook

Menepati ramalan ramai, lagu Cinta karya Hang Nadim dan Bunga Cantik nyanyian Marsha berjaya berada di kelompok tiga teratas Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) setelah dinobatkan sebagai Naib Juara.

Hikmah Ujian Marsha 

Malah, Marsha turut berjaya memenangi persembahan terbaik hasil undian daripada para peminat. Kemenangan itu bukan sahaja menggembirakan ramai pihak malah memberikan makna tersendiri buat dua Sumandak Sabah itu.

Marsha ketika ditemui berkata ia sebagai satu hikmah setelah pelbagai rintangan ditempuhi bagi membuat persembahan di pentas AJL apatah dijangkiti wabak COVID-19 sebelum ini.

“Kunfaya kun, apabila Allah izinkan Alhamdulillah terjadi. Jujurnya saya berdepan dengan banyak ujian termasuk dijangkiti Covid-19 sebelum ini,” katanya.

Persembahan Memukau Marsha Faktor Kemenangan 

Mengenai kemenangannya seperti dipetik Gayah Is Typing,  Marsha berkata susunan lagu oleh Genervie Kam berkenaan memang seperti apa yang dimahukannya setelah mendapat restu daripada pencipta karya itu.

Baginya, syukur semua menjadi dan rezeki berpihak kepadanya yang mendedikasikan lagu berkenaan buat arwah bapa mertua.

Air mata Marsha juga gugur sebaik dimaklumkan bahawa ketua juri AJL36 Datuk Mokhazani Ismail memberitahu persembahan penyanyi itu faktor yang melonjakkan lagu Cinta ke kedudukan naib juara.

“Allahuakbar, semua ini rezeki dan hikmah buat saya. Syukur sangat-sangat. Kejayaan ini hadir selepas saya mencuba beberapa kali,” katanya sambil menyeka air mata.

Stacy & Akim Berterima Kasih Kepada Marsha 

Bagi komposer berkenaan Stacy (Bunga Cantik) dan Akim (Hang Nadim) masing-masing mengakui Marsha menjadikan Cinta begitu indah dan lagu karya mereka menjadi gah.

“Kami hanya datang tanpa harapan dan percaya Marsha mampu melakukan persembahan terbaik. Jujurnya bila tengok persembahan Marsha saya jadi yakin dan mula betulkan rambut kerana macam akan naik ke pentas,” seloroh Stacy

Tambah Akim,mereka memang sudah gembira serta puas hati dengan persembahan rakannya itu dan kemenangan yang dicapai menjadi satu bonus kepada karya yang dibuat khas untuk Marsha.

Akim Ahmad Nekad Berhenti Merokok Selepas Bapa Mentua Disahkan Kanser Paru-Paru

Sempat mengusik Stacy, akhirnya dia naik ke pentas selepas beberapa kali gagal meskipun memberikan persembahan menarik dan bertenaga dalam persembahan beberapa edisi AJL sebelum ini.

“Saya bersyukur kerana Allah berikan rezeki buat saya pada saat dan masa yang lebih baik, saya juga sekali lagi berterima kasih kepada Marsha,” katanya menutup bicara

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
AJL36Akim Ahmadmarshastacy
https://lomp.at/5xr7l
Share210Tweet132SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem