Wednesday, September 27, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Musik

Program Realiti Lain Wajar Contohi Mic On!

Ahli kumpulan yang lain bersatu membuat satu lagi persembahan untuk dinilai oleh barisan juri

by Khai Azfar
March 9, 2022
177
KONGSIAN
Share on Facebook

Selepas kebenaran untuk mengadakan program secara fizikal diberikan oleh pihak kerajaan, rata-rata syarikat televisyen mengambil kesempatan untuk mengadakan pelbagai program secara langsung termasuk Awesome TV.

Dua Peserta Tersingkir 

Terbaru,program terbitan mereka MIC ON!, kembali untuk musim kedua selepas berjaya mencuri perhatian pada edisi lalu. Telah bersiaran selama lima minggu, Jumaat lalu menyaksikan seramai 13 orang peserta telah membuat persembahan dengan tema ‘Serumpun’, yang mana lagu-lagu yang dipersembahkan merupakan lagu-lagu popular dari seberang.

Di konsert tersebut, Syiqin dan Danny terpaksa akur dan perlu mengucapkan selamat tinggal kepada 11 lagi rakan seperjuangan mereka, sebaik sahaja diumumkan sebagai peserta yang tersingkir di edisi tersebut.

Syiqin dan Danny, masing-masing merupakan anak didik kepada Fad Bocey dan Ropie telah mempersembahkan lagu popular Indonesia, Cokelat berjudul Karma, manakala Danny pula membawakan lagu Ketahuan, nyanyian asal kumpulan Matta Band.

Netizen Mahu Program Lain Contohi Mic On! 

Disebalik penganjurannya, rata-rata netizen tertarik dengan konsep yang diketengahkan oleh program ini. Pada minggu lalu, seorang peserta tidak dapat membuat persembahan berikutan mengalami masalah kesihatan.

Lantaran itu, produksi membuat keputusan untuk meminta ahli kumpulan yang lain bersatu membuat satu lagi persembahan untuk dinilai oleh barisan juri sebagai ‘ganti’ kepada peserta tersebut,

Keputusan ini disifatkan wajar dicontohi oleh program-program lain yang mempunyai ‘kelompongan’ peserta yang tidak dapat membuat persembahan dan tetap meneruskan penyingkiran. Justeru,ada yang mencadangkan format seperti ini digunapakai dalam program lain.

Terdahulu, seramai 15 peserta berjaya diserap masuk untuk bersaing di konsert mingguan ‘MIC ON!’ musim kedua bagi merebut gelaran juara. Kesemua mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan yang diterajui oleh Fad Bocey, Ropie dan Ajak Shiro yang menggalas tanggungjawab selaku ‘Manager’ untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada para peserta.

Setiap minggu peserta akan diberikan tugasan mengikut tema yang ditetapkan. Penjurian adalah 100% oleh barisan juri tetap yang terdiri daripada tiga nama figura seni tersohor tanah air, Dato’ Awie, Dato’ Hattan dan Mas Idayu.

Peserta akan diadili berdasarkan tiga kriteria utama pemarkahan iaitu daripada segi vokal (40%), kreativiti (30%) dan persembahan (30%). Manakala Issey Fazlisham menggalas tugas sebagai hos.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER mic on
Share71Tweet44SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

[VIDEO] Imran Aqil Tulis Lagu Sebelum Nikah,-“Lagu Ini Cukup Bermakna Dari Saya Untuk Dahlia’
Musik

[VIDEO] Imran Aqil Tulis Lagu Sebelum Nikah,-“Lagu Ini Cukup Bermakna Dari Saya Untuk Dahlia’

by Phic ARMAN
September 25, 2023
Aisha Retno Tawar Hati Dalam Hubungan? Luah Perasaan Melalui “Ternoktah”
Musik

Aisha Retno Tawar Hati Dalam Hubungan? Luah Perasaan Melalui “Ternoktah”

by Aphit J.
September 23, 2023
[VIDEO] Pernah Tular Dengan Lagu ‘Pisang Goreng’, Sid Murshid Kembali Buat Kejutan
Musik

[VIDEO] Pernah Tular Dengan Lagu ‘Pisang Goreng’, Sid Murshid Kembali Buat Kejutan

by Phic ARMAN
September 22, 2023
[VIDEO] Aqasha Tunjuk ‘Taring’ Menyanyi Di Konsert, Netizen Jatuh Hati – ‘Crush Zaman Muda’
Musik

[VIDEO] Aqasha Tunjuk ‘Taring’ Menyanyi Di Konsert, Netizen Jatuh Hati – ‘Crush Zaman Muda’

by Aphit J.
September 16, 2023
[VIDEO] PRIHATIN Percaya Konsert Aina Abdul Pada November Ini Bawa Manfaat Kepada Pelajar Asnaf
Musik

[VIDEO] PRIHATIN Percaya Konsert Aina Abdul Pada November Ini Bawa Manfaat Kepada Pelajar Asnaf

by Phic ARMAN
September 13, 2023
Fourtwnty “Nalar” Tour Jadi Ubat Penggemar Di Malaysia Dan Singapura
Musik

Fourtwnty “Nalar” Tour Jadi Ubat Penggemar Di Malaysia Dan Singapura

by Aphit J.
September 10, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  2. 2

    “Sejuk Mata Memandang”-Ramai Yang Ingin Berpenampilan Seperti Zizi Kirana!

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Terpukau Lihat Kereta Terbaru Ameera Khan-“Mummy & Daddy Hadiahkan BMW i7”

  4. 4

    [VIDEO] Tokti Sebak Sehingga Tidak Mampu Untuk Menyanyi Kerana Teringat Afiyah?

  5. 5

    Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan