Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Diva AA Sebak, Puji Issey Sebagai Hos Yang Baik

Diva AA berkata dia terharu dengan Issey dan menyifatkannya sebagai seorang pengacara yang baik.

by Khai Azfar
March 10, 2022
Share on Facebook

Pengacara sensasi, Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA sebak apabila berkongsi kisah mengenai selebriti verstail, Issey Fazlisham .

Terharu Dengan Issey 

Menurut Diva AA ketika dihubungi Murai.my, dia menerima panggilan telefon daripada Issey usai mengetahui  khabar berita mengenai dirinya digugurkan sebagai hos MIC ON! berkuatkuasa serta merta. Diva AA berkata dia terharu dengan Issey dan menyifatkannya sebagai seorang pengacara yang baik.

“Issey sempat menghubungi saya dan saya pun ada doakan dia untuk terus berjaya. Walaupun dia cakap agak sedih tetapi saya percaya dia boleh lakukannya. Saya hormati dia kerana dia adalah hos yang bagus” katanya

Diva AA Sebak

Dedah Diva AA, Issey turut terkejut dan sedih mengetahui perkhabaran tersebut. Akur dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak Awesome TV, pengacara ini mendoakan agar Issey terus sukses dan berharap agar bakat pengacaraan selebriti itu akan terus bersinar.

“Dia seorang budak yang baik dan berpotensi untuk menjadi pengacara yang hebat. Saya bangga kerja dengan dia dan dia juga mendengar segala tunjuk ajar yang saya berikan kepadanya. Kami akan rindu untuk bergandingan bersama.

“Susah nak dapat bakat-bakat baru yang mendengar cakap seperti dia. Harap-harap dia berjaya dan menyerlah suatu hari nanti” kata Diva AA sebak

Di kesempatan itu, Diva AA mengucapkan terima kasih kepada peminat dan mereka yang menonton MIC ON! selama mengacarakan program itu bersama Issey.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada penonton yang menyokong saya dan Issey. Saya dapat maklumbalas yang baik-baik selama mengacara bersama dengannya. Saya enggan bercakap mengenai episod mereka akan datang cuma saya hanya mengenang kenangan mengacara bersama Issey yang turut dihargai peminat. Jadi terima kasih banyak-banyak” katanya lagi

Terdahulu, industri hiburan dikejutkan dengan pengumuman Awesome TV mengugurkan Diva AA sebagai hos program terbitan mereka, Mic On! Pihak Awesome TV menjelaskan tidak akan berkompromi dengan sebarang perihal berkaitan dengan disiplin dan standard etika kerja bagi mana-mana pihak sama ada di kalangan tenaga produksi sendiri mahupun bakat yang terlibat dengan program-program terbitan mereka.

“Aku Tak Maafkan, Sampai Mati Aku Cari Kau” – Aliff Syukri Kecewa Beg Dipijak Diva AA, Dakwa Badan Disihir

Menurut Diva AA, dia akui keperibadiannya bersifat tegas kerana ia merupakan sebahagian identiti diri namun tidak menyangka akan menerima layanan kurang ajar daripada stesen televisyen tersebut.

p

Diva AAIssey
https://lomp.at/nymra
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
Berita

Puteri Balqis Balas Kenyataan Daler Yusuf Tegur Bapa Tiri & Tunang

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil membidas kenyataan aktor, Daler Yusuf yang berpendapat tunang dan bapa tiri itu seharusnya tidak masuk campur...

Read moreDetails
Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara