Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Siap Bayar Penuh! Awesome TV Sudah Lunaskan Bayaran Diva AA Pada Hari Diberhentikan

surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat Diva AA juga telah dikeluarkan pada hari yang sama.

by Khai Azfar
March 11, 2022
253
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas menerusi sebuah kenyataan memandang serius dan sedia maklum mengenai dakwaan pengacara sensasi, Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA yang menuntut baki bayaran untuk program MIC ON!.

Bayaran Untuk 10 Minggu 

Awesome TV berkata mereka sudah melunaskan bayaran terhadap Diva AA pada hari yang sama dia digugurkan sebagai hos iaitu pada 8 Mac 2022. Malah, stesen televisyen swasta itu turut membayar penuh bayaran Diva AA selama 10 minggu biarpun hanya menjalankan tugas untuk tempoh 6 minggu. Kenyataan tersebut turut menjelaskan bahawa surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat Diva AA juga telah dikeluarkan pada hari yang sama.

“Kami beranggapan isu bayaran untuk program MIC ON! sudahpun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini. Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program MIC ON! yang masih berbaki empat minggu lagi.” kata Adam

Bakal Ada Hos Jemputan

Dalam perkembangan berkaitan, pihak produksi juga turut merancang membawa masuk khidmat hos jemputan untuk digandingkan bersama hos sedia ada, Issey Fazlisham, bagi memeriahkan lagi konsert mingguan MIC ON! Pengumuman rasmi juga akan dibuat dalam jangka masa terdekat.

Terdahulu, pihak Awesome TV menegaskan tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja terutamanya yang melibatkan program-program terbitan mereka.

Sekaadar info, MIC ON! bersiaran pada setiap hari Jumaat, 9.00 malam menerusi saluran Awesome TV di platform Astro 123 dan MyTV 112.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
awesome tvDiva AAmic on
https://lomp.at/jkqcy
Share101Tweet63SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem