Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

“Kita Speechless”- Shila Amzah Seloroh Mengenai Usikan Sharnaaz Ahmad

Shila berkata dia memandangnya dari segi sudut positif.

by Khai Azfar
March 11, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Shila Amzah sempat berseloroh mengenai ciapan pelakon Sharnaaz Ahmad baru-baru ini yang memuji persembahannya.

Sharnaaz & Shila Tidak Bermusuh

Dalam ciapan yang tular itu, Sharnaaz berkata ingin memboikot Anugerah Juara Lagu (AJL) pada edisi akan datang sekiranya lagu Pelukan Angkasa nyanyian Shila bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) tidak memenangi sebarang anugerah kali ini.

“SOG AND SHILA (pelukan angkasa) kalau tak menang, baik bubar je AJL” tulis Sharnaaz

Menurut Shila atau nama sebenarnya Norshahila Amzah ketika ditemui Murai.my, hubungannya dengan Sharnaaz tidak mempunyai sebarang masalah dan bersyukur kerana saling menyokong kerjaya antara satu sama lain.

“Saya dah menang tak payah bubar

“Baguslah saling menyokong dan positif. Kami tak bermusuh dengan sesiapa dan semua orang pun berbaik-baik” kata Shila

Pandang Dari Segi Sudut Positif

Ketika ditanya mengenai usikan peminat mengenai hubungan mereka, Shila berkata dia memandangnya dari segi sudut positif.

“Kami tak ada masalah apa pun, cuma bila orang doakan saya tak ada Amin kan atau tidakkan kerana kata-kata kita mungkin akan bawa kepada sesuatu jadi saya hanya ambil segalanya positif” katanya

Mengulas dengan lebih lanjut mengenai kemenangan di AJL36, Shila tidak menolak bahawa ia merupakan sebuah hikmah setelah diuji dengan beberapa musibah belakangan ini. Jelas Shila, dia berterima kasih kepada SOG kerana sudi berkolaborasi dengannya dan memuji idea kreatif yang dimiliki oleh setiap daripada ahli kumpulan itu .

“Ia merupakan sebuah hikmah yang sangat besar dikala saya diuji.

“Ini bukan kejayaan saya sendiri kerana sudah tentu ia kemenangan bersama SOG. Mereka sangat bagus kerana mempunyai tenaga yang tidak berpenghujung jadi secara tidak langsung jadi muda balik” seloroh Shila

Untuk rekod, Shila dan SOG membawa pulang hadiah wang kemenangan RM100,000 beserta trofi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
sharnaaz ahmadshila amzah
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Bayar RM600 Tapi Tak Dapat Duduk Homestay? Luahan Keluarga Cetus Perdebatan Tentang Hak Pengguna

  3. 3

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  4. 4

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  5. 5

    “Masih Jadi Keluhan Pengguna,” Isu RFID dan SmartTag Di Plaza Tol Kembali Hangat Diperkatakan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara