Monday, September 25, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Get Well Soon! Vivy Yusof Kongsi Pengalaman Berhadapan COVID-19

Selain tonsilnya membengkak, batuk dan sakit tekak, Vivy turut mengalami sakit kepala yang teruk

by Khai Azfar
March 15, 2022
77
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan selebriti terkenal, Datin Vivy Yusof berkongsi khabar kurang gembira apabila dirinya telah disahkan positif COVID-19.

Tidak Sangka Positif 

Menerusi hantaran di Instagram, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof memaklumkan tekaknya berasa gatal pada waktu malam namun dia tidak menyangka ia merupakan tanda dijangkiti wabak berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Ini kerana menurut Vivy, dia telah menjalani ujian swab COVID-19 setiap hari sebelum keluar daripada rumah dan keputusannya adalah negatif. Bagaimanapun, ujian seterusnya telah mengesahkan dirinya dijangkiti COVID-19.

“Ia bermula setelah tekak saya mula berasa gatal pada malam kejadian. Hrmm, saya terfikir, adakah ini COVID? Tak mungkin, kerana pagi tai saya dah jalani ujian RTK sebelum keluar dari rumah (saya lakukan ini setiap hari) dan ia adalah negatif

“Saya jalani ujian hanya untuk dapatkan kepastian, dan ternyata ia adalah benar, dua garisan. Garisan tersebut agak pudar, jadi saya jalani ujian yang sama sebanyak dua kali. Hanya untuk dapatkan kepastian”

“Oh tidak, saya positif!” kongsi Vivy

Alami Beberapa Simptom

Susulan itu, pemilik jenama dUCk ini segera membersihkan diri dan memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan kepada keluarganya. Malah, Vivy turut berpesan kepada mereka untuk melakukan pemeriksaan dan mengemaskini status MySejahtera mereka.

View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

Disebalik perasaannya yang bercampur baur ketika itu, keesokan harinya dedah Vivy, dia mula mengalami beberapa simptom wabak berkenaan. Selain tonsilnya membengkak, batuk dan sakit tekak, Vivy turut mengalami sakit kepala yang teruk sehingga tidak mampu melihat skrin telefon bimbitnya.

“Keesokan harinya, kesemua simptom hadir – tonsil bengkak, batuk, sakit tekak, sakit kepala. Sakit kepala yang sangat teruk sampai saya tidak boleh membaca, menonton sebarang rancangan dan langsung tidak mampu melihat telefon bimbit saya. Ia terasa seperti ada ssesorang sedang meramas kepala saya sehingga pecah.

“Saya jarang jatuh sakit dan ini seakan satu kejutan kepada saya. Saya sudah divaksin dan menerima dos penggalak! Tidak boleh bayangkan betapa teruknya ia sekiranya saya tidak mengambil langkah pencegahan tersebut.” katanya

Di kesempatan itu, Vivy berterima kasih atas titipan doa, mesej serta hadiah yang dikirimkan kepadanya dan meluahkan rasa teruja untuk kembali aktif.

Sekadar info, Vivy berkahwin dengan Dato’ Fadzaruddin Shah pada Julai 2012. Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat orang cahayamata, Daniel Azim Shah,9,Mariam Iman Shah, 7, Sarah Ilham Shah, 4 dan Idris Ali Shah, 5 bulan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER covid-19vivy yusof
Share31Tweet19SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Terjatuh Dalam Tandas, Anzalna Kini Terlantar Di Hospital Alami Kecederaan Pada Bahagian Tengkuk
Lokal

Terjatuh Dalam Tandas, Anzalna Kini Terlantar Di Hospital Alami Kecederaan Pada Bahagian Tengkuk

by Puteri Alia
September 25, 2023
[VIDEO] Cetus Perhatian Ramai Apabila Daiyan Trisha Bertemu Dengan Bae Suzy Di New York!
Lokal

[VIDEO] Cetus Perhatian Ramai Apabila Daiyan Trisha Bertemu Dengan Bae Suzy Di New York!

by Jash Lee
September 25, 2023
[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Tasha Manshahar Raih Perhatian Ramai!-“Ingat Kejut Suruh Mandi Tapi…”
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Tasha Manshahar Raih Perhatian Ramai!-“Ingat Kejut Suruh Mandi Tapi…”

by Jash Lee
September 25, 2023
Michael Ang Seloroh Banding Fesyen Syafinaz & Aina Abdul, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Ini Tak Seteruk…”
Gossip

Michael Ang Seloroh Banding Fesyen Syafinaz & Aina Abdul, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Ini Tak Seteruk…”

by Naddy Joe
September 25, 2023
Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!
Gossip

Anzalna Nasir Terpaksa Dirawat Di Pusat Perubatan, Rakan Selebriti & Peminat Titip Doa!

by Naddy Joe
September 25, 2023
Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”
Gossip

Aishah Peroleh Markah Kedua Tercorot Di GV 23 All Stars-“Ada Beberapa Perkara Saya Kena Teliti…”

by Naddy Joe
September 25, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Noor Nabila Akhirnya Buka Mulut Isu Cerai-“Sepatutnya Kita Pasangan Suami Isteri…”

  2. 2

    “Sejuk Mata Memandang”-Ramai Yang Ingin Berpenampilan Seperti Zizi Kirana!

  3. 3

    [VIDEO] Tokti Sebak Sehingga Tidak Mampu Untuk Menyanyi Kerana Teringat Afiyah?

  4. 4

    Baharu Sahaja Beberapa Bulan Kahwin, Shila Amzah “Dikhabarkan” Bakal Bercerai Dengan Suami Mudanya Ubai

  5. 5

    Menangis Pada Konsert Jelajah Terakhirnya Bersama Blackpink!-“Lisa Kini Bergerak Solo?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan